Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-11 10:21:42    
China Tubuhkan 100 Ribu Keluarga Teladan Teknologi Pertanian

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, pada tahun 2005, Kementerian Pertanian China akan membantu 100 ribu keluarga teladan teknologi pertanian di 100 buah kaunti China, dengan demikian, menubuhkan model baru yang lebih berkesan mengubah model pendidikan teknologi petani yang tradisional.

Berita itu diambil tahu oleh wartawan dalam kursus dan temu bual untuk kaum tani China yang diadakan semalam. Naib Ketua Pengarah Kementerian Pertanian China Chen Fengxiu menyatakan bahawa petani yang menerima pendidikan vokasional pertanian tidak cukup 5% dan menerima latihan vokasional yang lengkap hanya menempati 9.1% dan ini merupakan jurang besar berbanding dengan permintaan latihan bagi 480 juta petani di China. Untuk mengubah keadaan tersebut, China harus menubuhkan sistem teladan keluarga teknologi pertanian, selaras dengan keadaan tempatan dan musim memberi panduan dan latihan terhadap petani.

Chen Fengxiu berkata, selepas sistem latihan baru ditubuhkan, tujuan utama kursus tersebut pada fasa awal adalah memberi panduan teknologi kepada petani dan menubuhkan keluarga teladan teknologi pertanian. Fasa kedua adalah berdasarkan asas tersebut meningkatkan panduan dan latihan terhadap perniagaan dan pembangunan industri, mendorong perkembangan pertanian dan ekonomi desa.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Kementerian Pertanian China telah mencapai kejayaan besar dalam usaha memberi latihan teknologi kepada petani. Setakat ini, seramai 20.42 juta petani di 2073 kaunti China menerima latihan yang berjudul "ijazah jihau" dan seramai 8.87 juta orang memperoleh ijazah tersebut. Seramai lebih 1.9 juta orang menyertai kursus teknologi petani muda. Seramai 100 juta orang petani menerima pelbagai latihan vokasional pada setiap tahun. China sedang mewujudkan sistem pendidikan bagi petani yang semakin lengkap.