Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-11 14:26:09    
China Tingkatkan Penerokaan dan Perlindungan Sumber Air

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Alam Sekitar dan Sumber Kongres Rakyat Kebangsaan China encik Mao Rubai dalam sidang kerja Perlindungan Alam Sekitar dan Sumber Kongres Rakyat Kebangsaan China yang diadakan baru-baru ini menyatakan bahawa untuk mengatasi masalah baru dalam proses penerokaan sumber air China harus dijalankan di sisi undang-undang dan mendorong proses perundangan penerokaan dan perlindungan sumber air.

Mao Rubai menyatakan, kini terdapat banyak pertentangan dalam proses pembekalan dan penggunaan air. Oleh itu, China menguatkuasakan undang-undang tentang air dan undang-undang pencegahan pencemaran air. Undang-undang tersebut memainkan peranan penting untuk mendorong penggunaan sumber tenaga yang rasional, mencegah pencemaran air dan malapetaka banjir dan kemarau serta memulihara sumber tenaga. Akan tetapi, undang-undang tersebut masih perlu disempurnakan lagi.

Mao Rubai menegaskan bahawa di samping menyempurnakan undang-undang tersebut, pelaksanaan undang-undang juga harus diintensifkan. Kini, dalam proses pelaksanaan undang-undang tentang air masih wujud gejala yang tidak menjalankannya di sisi undang-undang. Beliau menunjukkan bahawa China harus melalui pindaan undang-undang untuk menyempurnakan sistem perundangan serta memperkuat pelaksanaannya. Kerajaan pelbagai peringkat harus melaksanakan undang-undang berkaitan dengan sumber air. Masalah pemcemaran air diuruskan di sisi undang-undang. Mengumumkan dengan segera maklumat tentang mutu air kepada umum dan mengadakan sidang testimoni tentang projek tali air utama dan akuan akhir sumber air.