Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-11 16:05:15    
Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Rusia Tumbuh Pesat

Agensi Berita Xinhua China

Pakar menjangka bahawa jumlah perdagangan China-Rusia tahun ini berkemungkinan mencecah 20 bilion dolar Amerika dan mewujudkan matlamat dengan lebih awal setahun. Ini menandakan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Rusia telah memasuki era perkembangan baru secara menyeluruh.

Menjelang Presiden Rusia Viladimir Putin melawat ke China, Naib Pengarah Pusat Kajian Rusia, Akademi Sains Sosial China, Lu Nanquan semasa diwawancara oleh pemberita Agensi Berita Xinhua China berkata, sejak tahun 2000, hubungan ekonomi dan perdagangan China-Rusia telah memasuki tempoh perkembangan pesat dan menunjukkan ciri berkembang lebih pesat, bekerjasama lebih luas dan mekanisme kerjasama lebih standard.

Beliau berkata, perkembangan ekonomi kedua-dua negara yang pesat telah menjadi penjana utama dalam pertumbuhan perdagangan China-Rusia. Oleh sebab itu, matlamat meningkatkan jumlah perdagangan dua hala kepada 60 bilion dolar Amerika pada tahun 2010 yang dikemukakan oleh Perdana Menteri kedua-dua negara mempunyai asas yang realistik.

Berdasarkan statistik kastam China, pada beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah perdagangan China-Rusia meningkat purata 20% setiap tahun kepada 15.76 bilion dolar Amerika pada tahun 2003 daripada 5.72 bilion dolar Amerika pada tahun 1999. Pada lapan bulan pertama tahun ini, jumlah import eksport China-Rusia mencatat 12.87 bilion dolar Amerika, meningkat 35.4% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Pada masa ini, China merupakan rakan dagang keempat terbesar bagi Rusia. Rusia merupakan rakan dagang kelapan terbesar bagi China.

Tentang prospek perkembangan hubungan perdagangan China-Rusia, profesor Institusi Penyelidikan Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Li Gang berkata, permohonan Rusia untuk menganggotai WTO akan menjadikan prosedur dan kaedah perdagangan China-Rusia mengalami perubahan kualitatif. Kerjasama kedua-dua negara dalam bidang berteknologi tinggi seperti penerbangan, angkasa lepas, industri kimia, pembuatan jentera, pertanian dan perhutanan akan bermanfaat bagi meningkatkan kualiti kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Rusia dan juga dapat mengatasi kelemahan struktur perdagangan dua hala China-Rusia.

Profesor Kementerian Perdagangan China, Liu Huaqin menegaskan bahawa perkembangan perdagangan China-Rusia tidak boleh hanya bergantung kepada pertumbuhan perdagangan barang-barang biasa, tetapi memerlukan perangsang baru iaitu projek besar-besaran termasuk pembinaan saluran paip minyak dan gas agar memangkin sektor berkenaan.