Menurut Agensi Berita Xinhua China, Setiausaha Jawatankuasa Bandar Beijing Parti Komunis China Encik Liu Qi dan Datuk Bandar Beijing Encik Wang Qishan semalam telah menemui Presiden Perancis Chiraq. Encik Liu Qi berharap tokoh industri dan komersial Perancis menumpukan perhatian terhadap Beijing dan Sukan Olimpik Beijing.
Liu Qi berkata, persahabatan kedua-dua negara China dan Perancis sudah bersejarah lama, Beijing dan Paris merupakan bandar bersahabat. Beliau berharap tokoh industri dan komersial Perancis mengambil peluang semasa Sukan Olimpik Beijing 2008, mengembangkan hubungan kerjasama persahabatan antara perusahaan Beijing dengan Perancis agar dapat mencipta masa depan yang cerah yang saling menguntungkan.
Chiraq berkata, pada masa ini, hubungan politik dan ekonomi antara kedua-dua negara Perancis dan China agak baik, dan beliau berharap hubungan persahabatan itu dapat dieratkan lagi.
|