Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-12 10:22:05    
Jumlah Penggunaan Harian China Menempati Dua Pertiga Porselin di Dunia

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, wartawan mengambil tahu dari seminar Antarabangsa Bahan Porselin dan Projeknya yang sedang diadakan di bandar Jingdezhen, industri porselin penggunaan harian China berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini. China telah menjadi negara pengeluar dan pengeksport porselin penggunaan harian yang paling besar di dunia.

Pada tahun 2003, jumlah pengeluaran porselin penggunaan harian di China menduduki tempat pertama di dunia dan menempati lebih kurang dua pertiga daripada jumlah pengeluarannya di dunia.

Pada tahun 1950, jumlah pengeluaran porselin penggunaan harian hanya mencapai 270 juta buah, manakala pada tahun 2003 jumlahnya mencapai 15.3 bilion buah dan angka itu menempati dua pertiga jumlah pengeluarannya di dunia. Jumlah eksport porselin penggunaan harian di China turut meningkat kepada 9.411 bilion buah pada tahun 2003 daripada 170 juta buah pada tahun 1960. Pada tahun 2003, jumlah eksport porselin penggunaan harian di China menempati satu pertiga daripada jumlah keseluruhannya di dunia.

Peningkatan jumlah pengeluarannya di China menunjukkan perkembangan industri porselin moden China. Dimaklumkan bahawa pada 1970-an hingga 1980-an, provinsi Hunan dan Hebei China mencipta porselin jenama di dunia dan berjaya memasuki pasaran A.S. Pada 1990-an, China menyusun semula struktur pengeluaran, barangan baru dikeluarkan lebih banyak dari semasa ke semasa, porselin penggunaan harian China yang harganya murah semakin laris dijual di pasaran tempatan dan luar negara.