|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, projek "Cahaya Matahari" yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sains dan Teknologi, Kementerian Pembinaan China telah mencapai kejayaan pada peringkat awal. Setakat penghujung bulan September tahun ini, seramai 1.5 juta lebihan tenaga kerja di desa telah mengikuti pelbagai kursus, antaranya 1.2 juta orang mendapat kerja dan kadar kerjanya mencapai lebih 80%.
Naib Ketua Pengarah Bahagian Sainsdan Teknologi Kementerian Pertanian China Chen Fengxiu menyatakan bahawa penyelesaian masalah pendapatan lebihan tenaga kerja di desa China harus mengadakan kursus untuk mereka dan memahirkan mutu tenaga kerja di desa. Kini, terdapat 150 juta lebihan tenaga kerja di desa China dan angka itu akan bertambah lebih 6 juta orang pada setiap tahun. Chen Fengxiu memaklumkan bahawa kerajaan China memperuntukkan 250 juta Yuan RMB, badan kewangan peringkat provinsi memperuntukkan 300 juta Yuan RMB untuk mengadakan kursus di 1393 kaunti di seluruh China pada setiap tahun.
Chen Fengxiu berkata, projek "Cahaya Matahari" tersebut merupakan contoh memberi latihan kepada lebihan tenaga kerja di desa China. Ia mempunyai tiga keunikan iaitu kerajaan menandatangai kontrak dengan syarikat dan mengadakan kursus yang tetap. Kedua, secara percuma atau mengurangkan belanja untuk lebihan tenaga kerja yang mengikuti kursus di desa. Dan ketiga, menetapkan peraturan yang ketat agar menjamin peruntukan tersebut dapat digunakannya untuk lebihan tenaga kerja di desa.
|