Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-14 14:29:29    
Masakan Asia Tenggara Semakin Popular di Nanning China

CRI
Menjelang Ekspo China-ASEAN yang akan diadakan tidak lama lagi, banyak restoran di Bandar Nanning memasak makanan berciri negara-negara Asia tenggara, agar tetamu dari ASEAN yang menyertai Ekspo China-ASEAN boleh menikmati makanan yang bersesuaian dengan selera mereka, di samping penduduk Nanning boleh menikmati masakan dari Asia tenggara.

Restoran yang berciri Asia tenggara sangat mementingkan perkhidmatan, suasana dan budaya. Pelanggan yang makan di restoran tersebut di samping boleh menikmati makanan yang sedap dari Asia tenggara, juga boleh menikmati adat istiadat dan persembahan kesenian dari negara-negara tersebut.

Restoran "Jiaozhiye" yang berciri masakan Thailand hari-hari penuh dengan tetamu setelah ia ditubuhkan selama 2 bulan yang lalu. Di depan pintu restoran itu, terdapat pelayan yang memakai pakaian tradisional Thailand sedang menyambut tetamu. Tetamu yang makan di restoran itu seperti makan di restoran Thailand, mereka makan sambil menikmati persembahan yang dihidangkan oleh tukang masak dan pelayan dari Filipina, juga akan menjemput tetamu menari bersama-sama. Mempopularkan budaya di samping menghidangkan masakan yang sedap merupakan ciri restoran itu.

Restoran Hotel Mingyuanxindu mendapat sambutan yang baik di Nanning. Restoran itu menyediakan muzik tradisional Vietnam, sup Vietnam yang sedap, termasuk pelayan yang memakai baju tradisional Vietnam. Tetamu berasa seperti makan di sebuah restoran di Vietnam.

Pegawai dari restoran itu memaklumkan, restoran mereka sejak Jun lalu telah secara berterusan mengadakan dua pesta makanan, iaitu pesta makanan Singapura dan Pesta Makanan Indonesia. Pelanggan semakin hari semakin ramai. Setelah pesta makanan Vietnam, restoran mereka juga ada pesta makanan Thailand. Dalam tempoh Ekspo China-ASEAN, restoran mereka akan mengadakan pesta makanan yang menggabungkan ciri masakan dari 10 negara anggota ASEAN.

Dalam 10 negara anggota ASEAN, Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam merupakan negara Islam. Untuk menimba pengalaman, Restoran Hotel Mingyuanxindu pada Mac lalu telah menghantar beberapa tukang masaknya ke Wilayah Autonomi Xinjiang China, iaitu wilayah Muslim China untuk belajar memasak masakan Islam. Pada Mei lalu, pegawai restoran itu telah mengetuai rombongan yang disertai oleh 50 orang mengadakan tinjauan ke Indonesia untuk belajar cara masakan dan adat istiadat Indonesia, agar boleh menghidangkan masakan dari Asia tenggara yang lebih tulen kepada tetamu.

Restoran "Yushige" yang bercorak masakan Thailand ditubuhkan pada tahun 2002, masakan restoran itu telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk Nanning. Restoran itu mempunyai 3 orang tukang masak dari Thailand, seorang tukang masak tersebut memaklumkan, beliau sudah tinggal di China selama 6 tahun tinggal di Nanning selama 2 tahun. Beliau memberitahu kami dalam bahasa Mandarin yang standard bahawa terdapat banyak bahan mentah di restoran mereka ialah diimport dari Thailand, beliau percaya bahawa semakin hari semakin ramai penduduk Nanning akan lebih suka masakan Thailand.

Sebagai sebahagian yang penting Pesta Lagu Rakyat Antarabangsa Nanning, Pesta Pelancongan dan Makanan Nanning-Asia Tenggara 2004 akan diadakan di Medan Selera Qingxiushan yang terkenal bermula 30 Oktober hingga 7 November akan datang. Pesta itu akan mengadakan pertukaran budaya makanan antara Nanning dan Asia tenggara yang telah menarik perhatian umum.

Pegawai jawatankuasa penganjur pesta itu memaklumkan bahawa terdapat banyak makanan ringan yang terkenal dari negara-negara Asia tenggara sudah ada dihidangkan di restoran besar Nanning, tetapi masih jarang ditemui di restoran kecil di pinggir jalan. Pesta kali ini akan mempopularkan makanan dari Asia tenggara ke Nanning.

Dimaklumkan, Pesta Pelancongan dan Makanan Antarabangsa Nanning yang sudah diadakan sebanyak 4 kali telah menjadi salah satu aktiviti makanan yang paling popular di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi. Pesta itu juga sangat terkenal di seluruh China, terdapat lebih 30 buah laman web memperkenalkan pesta itu, banyak restoran yang terkenal juga menyertai pesta tersebut. Sekarang, lebih 60 gerai daripada lebih 400 gerai pesta itu sudah ditempah oleh lebih 20 restoran terkenal dari Shanghai, Guangzhou, Shenzhen, Henan dan lain-lain.

Taman pesta itu dibahagikan kepada 3 kawasan, iaitu kawasan budaya dan hiburan, halaman selera Asia tenggara, halaman makanan China serta halaman makanan Nanning. Dimaklumkan, halaman selera Asia tenggara termasuk bahagian Thailand, Indonesia, Vietnam serta Singapura.

Pesta Pelancongan dan Makanan Antarabangsa Nanning akan menyediakan jamuan makanan Asia tenggara yang istimewa dan sangat menarik.

----Andika