Menurut Agensi Berita Xinhua China, kursus warga tua merupakan satu kalangan "pelajar" yang khas, tanpa peperiksaan dan memperoleh ijazah, akan tetapi mereka juga gigih belajar. Selaras dengna sistem pendidikan bagi warga tua semakin disempurnakan di China, 2.3 juta warga tua dapat mengikuti pengajian di universiti warga tua.
Maklumat dari Kongres ke-22 Persatuan Universiti Warga Tua Ketiga Antarabangsa yang dirasmikan semalam menyatakan babawa sekarang terdapat 26 ribu universiti dan sekolah warga tua dengan lebih 2.3 juta warga tua sedang mengikuti pengajiannya. Ini bermaksud antara 100 warga tua di China ada dua warga telah menerima pendidikan warga tua. Manakala, di Shanghai iaitu sebuah bandar jumlah warga tua sangat ramai di China, nisbah tersebut telah mencapai hampir 10%.
Penyelenggaraan sekolah warga tua telah dijadikan cara langsung untuk warga tua menerima pendidikan. Ketua Setiausaha Kesatuan Univertisi Warga Tua China Encik Liu Pingsheng menyatakan, pada 1980-an China mula membuka sekolah warga tua yang bertujuan untuk mengajar ilmu dan meningkatkan mutu orang ramai. Melalui perkembangan selama 20 tahun, sistem pendidikan warga tua yang bercirikan keistimewaan buday timur, pelbagai kursus, pelbagai saluran dan pelbagai peringkat telah diwujudkan.
Perubahan struktur pendidikan tersebut telah menimbulkan perubahan isi kandungan dan cara pengajaran. Selain kursus lukisan dan kaligrafi, kursus komputer, bahasa asing dan lain-lain juga dijadikan mata pengajaran sekolah warga tua.
Menurut maklumat dari Shanghai bahawa bandar itu sedang menggabungkan pendidikan warga tua dalam pendidikan orang dewasa dan pendidikan sepanjang hayat secara selangkah demi selangkah. Pada tahun 2005, 14% warga tua di Shanghai akan belajar di sekolah warga tua.
|