Menurut berita CRI bahawa jurucakap Kementerian Luar China Puan Zhang Qiyue ketika menjawab pertanyaan pemberita dalam sidang akhbar di Beijing hari ini memaklumkan, China bersedia bersama-sama Rusia terus meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang antaranya termasuk sumber, pembinaan infrastruktur, sains dan teknologi.
Puan Zhang Qiyue berkata, kedua-dua pihak China dan Rusia akan terus berusaha meningkatkan kerjasama dalam bidang minyak dan gas asli, menetapkan arah paip minyak di kawasan Timur Jauh Rusia, meningkatkan perdagangan minyak laluan darat China-Rusia dan menggubal cadangan kerjasama dan penerokaan gas asli kedua-dua negara.
|