Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-15 16:25:16    
Rakyat China Nikmati Makanan yang Selamat

cri
Setelah SARS diatasi dan Selesema Burung berjaya dibendung, rakyat China mendapat pengajaran daripada peristiwa itu. Kerajaan China juga melakukan banyak usaha membantu rakyat memilih makanan yang selamat, mementingkan pemakanan yang seimbang, dan menghentikan kebiasaan memakan binatang liar. Penduduk China tidak lagi makan dengan sembarangan, dan telah meningkatkan kesedaran keselamatan sewaktu memilih makanan.

Pada setengah tahun pertama tahun ini, Jabatan Pentadbiran Am Pemeriksaan Kualiti Negara China telah meningkatkan pemeriksaan kesihatan terhadap industri restoran di seluruh negara, sejak Julai tahun ini, Biro Kesihatan Bandar Beijing juga telah mengadakan pemeriksaan kesihatan musim panas terhadap 18 daerah dan kaunti di bandar itu. Puan Xiao Ying, pegawai Biro Kesihatan Daerah Xicheng Bandar Beijing memaklumkan, "Keselamatan makanan bukan sahaja berkaitan dengan keselamatan jiwa dan kesihatan rakyat, tetapi juga berkaitan dengan kestabilan sosial. Kerajaan Daerah Xicheng dan Biro Kesihatan amat mementingkan tugas menjamin keselamatan makanan. Sejak musim panas tahun ini, kami memulakan pemeriksaan khas terhadap keselamatan makanan."

Restoran Jinsiwei terletak di Daerah Changping bandar Beijing. Jumlah pelanggan yang makan di restoran itu setiap hari berjumlah lebih 4 ribu hingga lebih 10 ribu orang. Mereka datang dari pelbagai tempat di seluruh dunia dan kebanyakannya pelancong. Berdasarkan jumlah pelanggan, Restoran Jinsiwei merupakan restoran yang terbesar di Beijing pada masa ini. Encik Wang, ketua bahagian dapur Restoran Jinsiwei memaklumkan, "Kakitangan restoran kami harus menukar pakaian seragam sebelum menjalankan tugas setiap hari, dan membersihkan restoran untuk membasmi kuman. Misalnya, mereka akan menggunakan bahan pengenyah kuman yang dicampur dengan air putih dengan nisbah 1 : 250, yang ditetapkan dalam Undang-undang Keselamatan Makanan Negara China."

Puan Wang, penduduk bandar Beijing, kerana sibuk berkerja, jarang memasak makanan di rumahnya sendiri, dan beliau selalu bersama-sama dengan anggota keluarganya makan di restoran. Beliau berkata, "Kami menumpukan perhatian terhadap restoran, dan biasanya memilih restoran yang persekitarannya baik dan bersih. Saya berpendapat saya harus mementingkan kesihatan sendiri."

Restoran Qiaojiangnan yang agak terkenal di bandar Beijing, berjaya membuka beberapa cawangannya dan telah berkembang sebagai sebuah kumpulan rangkaian restoran yang besar. Encik Li Qiuli, ketua pengarah kumpulan tersebut memaklumkan, "Beijing sedang berusaha membangunkan industri kewangan, dan lokasi restoran kami terletak di jalan kewangan. Kami bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada penduduk tempatan, tetapi juga memberi perkhidmatan kepada ramai warga asing. Restoran Qiaojiangnan bukan sahaja menyediakan masakan yang sedap bercirikan China, tetapi juga menyediakan tempat makan yang selesa, selamat dan bersih."

Dimaklumkan pada setengah tahun kedua tahun ini, Jabatan Pentadbiran Am Pemeriksaan Kualiti Negara China akan mempercepat pelaksanaan sistem keizinan kemasukan pasaran keselamatan makanan agar dapat secara menyeluruh menjalankan pengurusan sistem keselamatan makanan terhadap 13 jenis makanan antaranya teh dan gula.

Kami yakin berdasarkan dasar kerajaan, kerjasama dari pelbagai lapisan masyarakat dan peningkatan kesedaran masyarakat tentang keselamatan makanan, rakyat China akan menikmati makanan yang lebih selamat.

----AZMI