Menurut berita CRI, hari ini ialah Hari Membasmi Kemiskinan Antarabangsa Ke-12, tema Hari Membasmi Kemiskinan Antarabangsa yang ditetapkan oleh China tahun ini ialah menggalak kekuataan masyarakat membasmikan kemiskinan.
Setakat ini, dana yang disediakan kerajaan pusat China untuk membasmi kemiskinan telah mencapai lebih 110 bilion yuan RMB. Selain itu, China juga menggalakkan pelbagai kalangan masyarakat menyertai pembasmian kemiskinan melalui kerjasama bahagian timur dan barat China, pembasmian kemiskinan diarahkan pejabat negara, sumbangan kewangan dari masyarakat dan cara yang lain. Projek Harapan yang bermatlamat meneruskan pelajaran kanak-kanak di kawasan miskin dan lain-lain telah banyak memperbaiki keadaan pendidikan, kesihatan, pengeluaraan dan kehidupan di kawasan miskin.
Dengan tindakan tersebut, jumlah penduduk miskin China telah diturunkan hingga 29 juta berbanding 250 juta pada tahun 1978.
|