Kerajaan China baru-baru ini menegaskan, minyak dan gas asli merupakan sumber tenaga strategi penting bagi pembangunan modenisasi dan keselamatan negara China. Strategi sumber minyak dan gas asli yang boleh berkembang secara berterusan harus ditetapkan dan dilaksanakan dengan segera, menjimatkan dan menggunakan sumber minyak dan gas asli, menjamin sumber minyak dan gas asli dibekalkan dengan stabil dalam jangka panjang dan penggunaannya berkesan untuk menyediakan jaminan bagi pertumbuhan ekonomi, keselamatan negara dan kewujudan pembangunan masyarakat kaya.
China merupakan negara yang menggunakan minyak yang banyak, akan tetapi penggunaannya rendah dan terkawal. Berbanding dengan kadar penggunaan minyak yang lazim di arena antarabangsa, kadar penggunaan minyak di China mencatat 0.19, angka itu merupakan empat kali ganda berbanding dengan Jepun, tiga kali ganda dengan Eropah dan merupakan dua kali ganda berbanding dengan A.S..
Berdasarkan statistik dan jangkaan pakar, dalam tempoh 10 tahun sejak China mengimport minyak, jumlah import minyak China mencatat 97.41 juta tan. 1/3 minyak yang digunakan di China diimport dari luar negara. Angka itu akan mencatat kira-kira 60% pada tahun 2020. Sehubungan dengan itu, turun naik harga minyak di pasaran antarabangsa mempengaruhi pembangunan ekonomi dan pertahanan negara China.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, industri kenderaan China berkembang pesat, akan tetapi, taraf penggunaan minyak lebih tinggi daripada negara maju di dunia. Pada tahun 2002, kadar rekaan enjin kenderaan penggunaan minyak seratus kilometer di China lebih tinggi 10% hingga 15% daripada negara-negara maju, lebih tinggi 10% hingga 20% daripada A.S. dan lebih tinggi satu kali ganda daripada Jepun.
Kadar pembaziran minyak semasa melombong dan penapisan minyak juga amat tinggi di China.
"Dengan itu, potensi bagi menjimatkan minyak dan gas asli dapat dilaksanakan dengan berkesan di China." Tetapi Profesor Feng Fei dari Pusat Perbangunan dan Pengkajian Dewan Negara China menyatakan, "Pengeluaran minyak dan gas tidak akan meningkat dengan tahap yang besar di China pada masa depan. Kadar permintaan sumber tenaga yang tergantung kepada negara lain masih dikawal, kerajaan China juga harus mengutamakan usaha menjimatkan sumber tenaga, berusaha membangunkan masyarakat yang menjimatkan sumber tenaga."
Di samping meningkatkan usaha menjimatkan sumber minyak dan gas asli, sumber tenaga juga harus digunakan dengan rasional.
Para pakar mencadangkan, undang-undang minyak perlu digubal dan dasar menjimatkan minyak harus ditetapkan dengan segera, agar pengambilan, penapisan dan penjualan minyak dan gas asli dapat dilaksanakan di sisi undang-undang.
Keupayaan penggunaan sumber minyak dan gas asli terhadap perbangunan sosioekonomi secara berterusan di China adalah isu yang harus diselesaikan dengan segera. Sehubungan dengan itu, strategi penggunaan sumber minyak dan gas asli yang berdasarkan konsep perkembangan sains, penerokaan pasaran luar negara, mengutamakan usaha menjimatkan sumber tenaga, menggalakkan penggunaan sumber lain untuk menggantikan minyak dan gas asli, menjamin keselamatan, melindungi ekologi alam sekitar dan sesuai dengan kenyataan China harus ditetapkan dan dilaksanakan agar sumber minyak dan gas asli dapat digunakan dengan berjimat dan rasional.
----Ching
|