Taman Sains dan Teknologi Zhongguancun Beijing merupakan salah satu taman sains dan teknologi yang terkenal di China dan menjadi pilihan pertama pelajar China yang belajar di luar negara kembali ke China untuk menyelenggarakan perusahaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, ribuan bekas pelajar China yang belajar di luar negara melakukan penyelidikan dan mengeluarkan sejumlah besar hasil keluaran sains dan teknologi tinggi yang berdaya saingan di taman tersebut.
Berdasarkan statistik, setakat ini, seramai lebih 5000 bekas pelajar China yang belajar di luar negara menyelenggarakan perusahaan di Taman Sains dan Teknologi Zhongguancun Beijing. Perusahaan yang diselenggarakan oleh bekas pelajar China yang belajar di luar negara menempati hampir 20% jumlah perusahaan di taman itu dengan menghasilkan purata ratusan hasil keluaran sains dan teknologi baru setiap tahun.
Untuk menggalakkan bekas pelajar China yang belajar di luar negara menjalankan inovasi sains dan teknologi, sidang promosi projek diadakan di Taman Sains dan Teknologi Zhongguancun Beijing, memperkenalkan projek inovasi sains dan teknologi yang dilaksanakan oleh bekas pelajar China yang belajar di luar negara kepada pelabur dan badan kewangan. Dalam sidang promosi yang diadakan baru-baru ini, wartawan mendapati hasil keluaran sains dan teknologi tinggi yang boleh mengesan tanda-tanda gempa bumi dengan segera. Bekas pelajar China yang belajar di luar negara yang meneroka teknologi ini Puan Sun Xiaoming memberitahu wartawan,
"Pada masa ini, syarikat kami mempunyai 4 pusat pengesanan di bandar Beijing, Provinsi Liaoning dan San Francisco A.S.. Tanda-tanda gempa bumi dikesan dengan menggunakan kemudahan ini di dalam dan luar negara. Termasuk tanda-tanda gempa bumi yang berlaku di Taiwan, Qinghai dan Tibet."
Sejenis cecair yang dikenali sebagai "Power water"—hasil keluaran sains dan teknologi tinggi yang dikaji dan dikeluarkan oleh Encik Liu Junqing menarik perhatian orang ramai dalam sidang promosi itu. Ikan boleh hidup dalam cecair itu. Cecair itu juga boleh digunakan untuk mencuci dan menyah virus.
Encik Liu Junqing memberitahu wartawan,
" 'Power water' itu boleh digunakan untuk menyah virus dalam banyak bidang seperti kegunaan awam, perusahaan perkhidmatan dan hospital."
Terdapat banyak hasil keluaran sains dan teknologi tinggi yang dikaji dan dikeluarkan oleh bekas pelajar China yang belajar di luar negara di Taman Sains dan Teknologi Zhongguancun Beijing. Hasil tersebut menarik perhatian badan pelaburan dan pelabur dalam dan luar negara. Naib Presiden Kumpulan IDG A.S. Encik Li Jianguan menyatakan,
"Kami melabur di 30 perusahaan di Beijing dan setiap perusahaan mempunyai kaitan dengan Taman Sains dan Teknologi Zhongguancun. Tempat itu menarik perhatian para pelabur setiap hari."
Semasa memperkatakan tentang cir-ciri perusahaan yang diselenggarakan oleh bekas pelajar China yang belajar di luar negara, pelajar Taman Penyelenggaraan Perusahaan Puan Zhang Xiuying menyatakan,
"Keupayaan inovasi teknologi tinggi dalam perusahaan yang diselenggarakan oleh bekas pelajar China yang belajar di luar negara. Pekerja dalam perusahaan itu belajar teknologi tinggi di luar negara dan meneroka banyak hasil keluaran sains dan teknologi yang sesuai dengan permintaan pasaran dalam negara. Perusahaan tersebut bercirikan saintifik yang bertaraf tinggi dan berkembang pesat."
----Ching
|