Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-18 12:15:17    
Pengenalan tentang Puan Song Yushui, Hakim yang Melindungi Hak Harta Intelektual di China

cri
Hakim Song Yushui mempunyai banyak kelebihan antaranya masih muda, taraf pendidikan dan profesionnya tinggi, bekerja bersungguh-sungguh, mementingkan pembaharuan dan bersopan-santun. Beliau telah dipilih sebagai salah seorang daripada "10 Hakim Terunggul China" tahun ini.

Pada masa 15 tahun yang lalu, Puan Song Yushui menamatkan pengajian di universiti yang terkenal dan sebagai siswazah pertama yang memperoleh ijazah undang-undang, beliau bertugas di Mahkamah Daerah Haidian Beijing. Setahun sebelum itu, Taman Zon Teknologi Tinggi Zhongguanchun—zon teknologi tinggi peringkat negara yang pertama di China yang juga dikenali sebagai "Lembah Silikon China" ditubuhkan di Daerah Haidian Beijing.

Sewaktu pelbagai indeks ekonomi utama meningkat 20% di Zhongguanchun setiap tahun, dan belasan ribu syarikat ditubuhkan di sana, hakim Song Yushui dan teman sekerjanya bersungguh-sungguh mengadakan pembaharuan kehakiman di tribunal hak harta intelektual peringkat asas yang pertama di China.

Pada permulaannya, banyak syarikat sains dan teknologi kekurangan pengetahuan hak harta intelektual, dan kesedaran agak kurang tentang jenama dan ciptaan baru, tetapi pada masa ini, syarikat-syarikat di Zhongguanchun menganggap "Perlindungan Hak Harta Intelektual" sangat penting. Dalam proses peralihan tersebut, hakim Song Yushui dan teman sekerjanya yang bertugas di tribunal hak harta intelektual telah menyediakan banyak perkhidmatan undang-undang.

 

Kejayaan yang dicapai oleh hakim Song Yushui dan teman sekerjanya antaranya menggalakkan memperoleh hak harta intelektual dan melindungi maklumat Internet telah dijadikan sebagai penunjuk peraturan undang-undang yang digunakan oleh Zon Teknologi Tinggi Zhongguanchun dan zon teknologi tinggi yang lain.

Beberapa syarikat asing yang pernah bimbang tentang hak harta intelektual mereka diciplak dan tidak dapat dilindungi antaranya Microsoft, IBM dan Motorola, kini keyakinan mereka telah meningkat terhadap perlindungan hak harta intelektual di China dan menubuhkan badan penyelidikan atau cawangan syarikat mereka di Zhongguanchun.

Hakim Song Yushui berani menangani kes yang sukar dan kategorinya baru. Terdapat beberapa kes yang diadili oleh hakim Song Yushui merupakan "Kes Pertama di China".

Pada tahun 2002, terdapat seorang sarjana yang terkenal mendakwa sebuah perpustakaan digital mencabul hak harta intelektualnya. Kes itu melibatkan kepentingan kedua-dua pihak dan juga berkaitan dengan perkembangan industri buku digital China. Setelah memperoleh banyak bahan bukti, hakim Song Yushui membuat keputusan "Pihak defendan mencabul hak harta intelektual pihak plaintif" dan kes tersebut merupakan kes pertama daripada 10 kes tentang hak harta intelektual dicabul di seluruh negara China pada tahun 2002.

Hakim Song Yushui juga menjadi hakim pertama yang menetapkan kehilangan reputasi "kejujuran" sebagai alasan undang-undang melarang hak penjualan. "Undang-undang Kontrak" yang dikeluarkan berikutnya menetapkan reputasi kejujuran sebagai prinsip asas, dan ini sebenarnya mengakui kejayaan hakim Song Yushui.

Setelah menamatkan pengajian sarjana selama 3 tahun, hakim Song Yushui mempunyai pengalaman luas dan berjaya beralih daripada hanya mencontohi cara pengadilan barat kepada mencipta cara pengadilan yang bersesuaian dengan keadaan negara China.

Beliau berkata, "Terdapat banyak persengketaan ekonomi disebabkan mekanisme pasaran kurang sempurna, dan penyelesaiannya tidak boleh hanya bergantung kepada undang-undang. Jika pihak mahkamah dapat berdasarkan kuasanya memandu pihak berkaitan menghormati kepercayaan 'kejujuran' untuk menyelesaikan persengketaan, kerugian dan kontradiksi masyarakat akan dapat dikurangkan dengan minimum.

----AZMI