|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, para pakar dari dalam dan luar negara China dalam Forum Kerjasama Ekonomi Luar Kawasan Bahagian Barat China yang dirasmikan di Beijing semalam menyeru bahawa kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kawasan bahagian barat China dengan negara jirannya berpotensi besar, dan hubungan ekonomi dan perdagangan harus dieratkan.

Encik Wu Jiahuang, Naib Ketua Pengarah Persatuan Pengajian WTO China telah menghadiri forum tersebut dan memaklumkan, ekonomi kawasan bahagian barat China berkembang lebih cepat daripada kelajuan purata di seluruh negara, dan pertumbuhan perdagangan kawasan bahagian barat China dengan negara Asia Tengah dan Barat juga lebih tinggi daripada pertumbuhan perdagangan dalam negara China.

Kawasan bahagian barat China mempunyai 10 provinsi, bandar dan wilayah autonomi, keluasannya menduduki 56% keluasan keseluruhan wilayah China dan bersempadan dengan 14 negara.

1 2
|