Naib Perdana Menteri China Huang Ju semalam di Beijing menyatakan, pasaran modal memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioekonomi China. Kerajaan China akan meningkatkan penyeliaan dan kawalan terhadap pasaran modal, melindungi kepentingan pelabur supaya pasaran modal berkembang sihat dan stabil.
Huang Ju menyatakan demikian semasa menemui anggota-anggota Jawatankuasa Penasihat Antarabangsa Suruhanjaya Penyeliaan dan Kawalan Sekuriti China.
Huang Ju berkata, pasaran modal China berkembang seiring dengan pembaharuan dan buka pintu China. Dalam masa lebih 10 tahun lalu, pasaran modal China telah memainkan peranan yang aktif dalam mendorong pembaharuan perusahaan, menyempurnakan pasaran kewangan dan menjana perkembangan ekonomi. Di samping itu, taraf penyeliaan dan kawalan kerajaan China terhadap pasaran itu juga perlu ditingkatkan.
|