|

Pada 14 dan 17 Oktober 2004, dua pertandingan NBA antara pasukan Houston Rockets dan pasukan Sacremento Kings telah diadakan di Shanghai dan Beijing China. Ini kali pertama pertandingan NBA diadakan di China. Serentak itu, pemain bola keranjang terkenal China Yao Ming dan Liu Wei masing-masing berkhidmat dalam pasukan Houston Rockets dan pasukan Sacremento Kings, pertandingan tersebut telah menarik perhatian para peminat bola keranjang China.

NBA pada tahun-tahun kebelakangan ini telah mengadakan pertandingan persiapan di luar negara. Oleh sebab Yao Ming semakin terkenal dan sudah menjadi pemain bola keranjang unggul di arena antarabangsa, NBA memilih China untuk mengadakan pertandingan persiapan itu.
Yao ming berkata, "Saya berharap para peminat bola keranjang China dapat memahami sukan ini dengan lebih mendalam selepas menikmati suasana pertandingan agar lebih ramai orang menyertai bola keranjang."

Yao Ming menyertai NBA sebagai pemain terbaik dalam pemilihan nBA pada tahun 2002, lantaran itu, beliau menjadi pemain asing terunggul pertama dalam sejarah NBA.
Kekuatan pasukan Sacremento Kings lebih baik berbanding pasukan Houston Rockets.
Selain memperlihatkan kebudayaan bola keranjang kepada para peminat China, pertandingan persiapan NBA di China juga bererti penting iaitu membantu meningkatkan taraf bola keranjang China dan meneroka pasaran bola keranjang di China. Ramai pegawai Persatuan Bola Keranjang Antarabangsa dan NBA serta beberapa Ketua Pengarah syarikat penjualan barangan kesukanan telah datang ke China.

Ketua Pengarah NBA, David Stern di Shanghai menyatakan, "NBA mengadakan pertandingan persiapan di Shanghai dan Beijing China membuktikan bahawa China merupakan pasaran bola keranjang yang penting pada masa ini."
|