Menurut berita CRI, Perdana Menteri China Wen Jiabao ditemui Presiden Presidium Majlis Tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea Kim Yong Nam hari ini di Beijing. Wen Jiabao menegaskan lagi bahawa kerajaan China akan terus memberi bantuan ekonomi kepada pihak Republik Rakyat Demokratik Korea.
Kim Yong Nam menyatakan bahawa Republik Rakyat Demokratik Korea akan terus mengembangkan persahabatan tradisional dan meningkatkan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang. Pihak Republik Rakyat Demokratik Korea akan menykong dasar "penyatuan semula secara damai dan satu negara dua sistem" China.
|