Pada 8 Oktober 2003, Perdana Menteri China Wen Jiabao dalam Sidang Kemuncak ASEAN dan China ke-7 yang diadakan di Bali Indonesia telah mencadangkan mulai tahun 2004, Ekspo China-ASEAN akan diadakan di Bandar Nanning Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China pada November setiap tahun. Cadangan tersebut telah dialu-alukan oleh pemimpin pelbagai negara anggota ASEAN dan telah disenaraikan dalam kenyataan pengerusi sidang tersebut.
Aktiviti Ekspo China-ASEAN Ekspo China-ASEANmengandungi 5 aspek iaitu, Pertama, Perdagangan barangan, mempamerkan barangan dari pelbagai negara, mendorong import-eksport Kedua, Rundingan pelaburan, memperkenalkan suasana pelaburan di pelbagai negara, mengemukakan maklumat menarik pelaburan, bersama-sama menarik modal antarabangsa. Ketiga, Perdagangan perkhidmatan dan kerjasama, mengadakan pertukaran teknologi dan pengalaman pentadbiran, serta mengadakan kerjasama pelancongan, telekomunikasi, pengedaran komoditi, kewangan, projek dan lain-lain. Keempat, Forum, mengundang pegawai kerajaan, pakar, sarjana dan usahawan membincangkan masalah tumpuan perhatian dalam pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN. Kelima, Pertukaran Budaya, mengadakan Pesta Kesenian Lagu Rakyat Antarabangsa Nanning dalam tempoh Ekspo China-ASEAN, mempamerkan budaya dari China dan pelbagai negara ASEAN.
Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Nanning Pusat itu merupakan bangunan mercu tanda yang moden dan direkabentuk bersama-sama oleh Syarikat GMP Jerman dan Institut Reka Bentuk Guangxi, bentuk bangunan itu serperti Bunga Raya, iaitu bunga Bandar Nanning. Pusat perdagangan itu dibina di kaki gunung, keluasannya 4840 meter persegi dan mempunyai sistem penterjemahan persidangan yang canggih. Pusat itu juga mempunyai banyak kemudahan termasuk restoran yang boleh menampung 2500 orang . Pusat perdagangan tersebut boleh menyediakan 2000 gerai berukuran standard dan 200 gerai bukan berukuran standard, selain itu, juga mempunyai ruang pameran terbuka seluas 26 ribu meter persegi di luar bangunan.
Syarat Unggul Guangxi Menganjur Ekspo China-ASEAN Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China merupakan satu-satunya provinsi di China yang mempunyai laluan darat serta laluan laut dengan ASEAN. Lebuh raya ekspres Guangxi sepanjang lebih seribu kilometer, terdapat 10 lebuh raya yang sampai ke Vietnam. Guangxi mempunyai pelabuhan yang paling dekat dengan Asia Tenggara di China. Nanning dan Guilin mempunyai perkhidmatan penerbangan ke Hanoi, Bangkok dan Kuala Lumpur, penerbangan ke bandar raya ASEAN yang lain sedang dirancangkan.
Zon Ekonomi China-ASEAN Zon itu berfungsi untuk menjadi jendela dan arena yang penting dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan dalam Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN.
Ekspo China-ASEAN Sediakan Ruangan Kerjasama yang Baik Bagi China-ASEAN Pegawai kerajaan pelbagai negara anggota ASEAN berpendapat, Ekspo China-ASEAN akan mendorong kerjasama antara China-ASEAN dalam pelbagai bidang dan boleh membawa manfaat kepada kedua-dua pihak, China dan ASEAN. Mereka berharap meningkatkan kerjasama dengan China melalui ekspo tersebut.
|