Ketua Pengarah Jabatan Peraturan dan Undang-undang Kementerian Perdagangan China, Li Ling semalam di Beijing menyatakan, China akan terus mengambil tindakan melindungi hak harta intelektual.
Beliau menyatakan demikian dalam satu forum hak harta intelektual yang dianjurkan bersama oleh China, Kesatuan Eropah dan Jepun.
Beliau berkata, untuk meningkatkan perlindungan hak harta intelektual, sebelum penghujung tahun ini, China akan mengadakan penerangan tentang penguatkuasaan undang-undang dalam kes jenayah mencabuli hak harta intelektual. Selain itu, China juga akan menyempurnakan sistem perundingan dengan perusahaan pelaburan firma asing, mendorong agensi pengantara memainkan peranan membanteras kegiatan mencabuli hak harta intelektual dan meningkatkan pertukaran antarabangsa dan kerjasama dalam bidang itu.
|