Suruhanjaya Perdamaian dan Pembangunan Negara Myanmar pada malam 19 Oktober mengeluarkan kenyataan, bersetuju, Perdana Menteri Myanmar Khin Nyunt "bersara kerana masalah kesihatan", di samping itu, melantik Ketua Setiausaha Pertama suruhanjaya itu, Soe Win sebagai Perdana Menteri baru negara itu. Penganalisis berpendapat, Khin Nyunt bersara adalah kerana persengketaan dalam kerajaan Myanmar meruncing.
Dalam jangka panjang, perlucutan jawatan pemimpin kanan Myanmar diumumkan sebagai "bersara". Pendapat umum berpendapat bahawa Khin Nyunt "bersara" bukan disebabkan masalah kesihatan.
Sejak tahun 1983Khin Nyunt yang berumur 65 tahun kini menyandang jawatan Ketua Pengarah Biro Perisikan Maklumat Ketenteraan Kementerian Pertahanan Myanmar. Beliau menyandang jawatan Ketua Setiausaha Suruhanjaya Pemulihan Undang-undang dan Tatatertib Persekutuan Myanmar dan dilantik sebagai Perdana Menteri pada 25 Ogos tahun 2003 di samping merangkap Pengerusi Suruhanjaya Hal-Ehwal Luar, Pendidikan, Kesihatan dan Pelancongan. Beliau telah mengumumkan rancangan yang bertujuan mewujudkan demokrasi di Myanmar termasuk: memulihkan Kongres Kebangsaan yang pernah dihentikan pada tahun 1996; Kongres Kebangsaan merangka rang perlembagaan baru dan mengadakan pungutan suara; mengadakan pilihan raya bebas dan membentuk kerajaan baru Myanmar. Pada 17 Mei tahun ini, Kongres Kebangsaan Myanmar dipulihkan dan ini menandakan langkah penting dalam proses damai Myanmar.
Dalam tempoh setahun semenjak Khin Nyunt memegang jawatan Perdana Menteri, Myanmar mengamalkan dasar luar yang merdeka dan bersahabat dengan negara jiran, mengutamakan hubungan dengan negara ASEAN dan negara jirannya. Ini telah mendapat penghargaan di luar negara. Tetapi beliau juga mempunyai banyak perselisihan dengan kumpulan konservatif.
Situasi di Myanmar amat stabil setelah perubahan jawatan Perdana Menteri Myanmar diumumkan, tetapi ia telah mendapat reaksi antarabangsa. Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan mengeluarkan kenyataan, berharap Myanmar dapat terus memangkin proses damainya. Penganalisis di Asia Tenggara berpendapat, kita harus menumpukan perhatian terhadap Soe Win sama ada beliau dapat memangkin proses itu atau tidak.
|