Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-21 14:20:29    
Barangan Pameran Kumpulan Pertama Ekspo China-ASEAN Tiba di Nanning

CRI
Pada 14 Oktober lalu, barangan pameran kumpulan pertama dari Singapura, Malaysia dan Thailand untuk Ekspo China-ASEAN sudah tiba di pelabuhan Nanning melalui Hong Kong. Apa barangan tersebut? Bagaimana barangan itu dihantar? Bagaimana badan berkenaan menyelenggarakan barangan itu? Wartawan telah mewawancara pegawai badan berkenaan.

Pada pagi 16 Oktober lalu, wartawan pergi ke Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Nanning untuk melihat barangan tersebut. Tetapi gudang untuk menyimpan barangan itu masih ditutup, pekerja menjaga pintu gudang itu dengan berhati-hati.

Barangan tersebut setelah tiba di Nanning terus disimpan dalam gudang dan dikawal. Kalau tanpa izin khas dari sekritariat Ekspo China-ASEAN dan kastam China, sesiapa pun dilarang masuk ke gudang itu. Pengurus Besar Syarikat Penyimpanan dan Penghantaran Nanning Ou Zengquan memberitahu wartawan bahawa untuk menjamin keselamatan barangan pameran, mereka mengawal barangan itu sepanjang hari.

Dimaklumkan, peserta Ekspo China-ASEAN sejak 22 Oktober akan mula menghias gerai mereka. Sehingga 3 November akan datang, iaitu hari perasmian ekspo tersebut, baru kita boleh menyaksikan barang pameran itu.

Wartawan dimaklumkan bahawa barangan pameran kumpulan pertama tersebut adalah dari Thailand, Singapura, Malaysia dan Myanmar, termasuk 700 jenis barangan dalam 20 kategori, termasuk makanan, beras, arak, minuman, ubat-ubatan, barang kegunaan seharian, pakaian, tekstil, alat ganti kereta, bahan kosmetik, barangan plastik dan alat dapur.

Sebanyak 8 syarikat dari Malaysia telah menghantar 180 jenis barangan, kebanyakannya ialah makanan, gelang kristal dan barangan kraf tangan. Satu syarikat Singapura telah menghantar 30 barangan termasuk kertas dan alat tulis. Dua syarikat dari Myanmar telah menghantar 60 barangan pameran dan lampu untuk menghias gerai mereka.

Dimaklumkan, Kemboja akan menghantar sebuah model istana mini, untuk mempamerkan kebudayaan tradisional Kemboja yang sangat cemerlang. Thailand akan menghantar 2 tan buah-buahan segar, buah-buahan merupakan hasil istimewa dari Thailand dan merupakan barangan utama pameran Thailand. Sempena ekspo itu, Thailand akan menyediakan buah-buahan tersebut untuk dirasai oleh para pengunjung. Barangan dakwah dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan negara-negara yang lain juga akan tiba di Nanning tidak lama lagi. Beberapa negara juga akan menghantar bunga yang istimewa dengan pesawat.

Barangan pameran ekspo akan dihantar ke Nanning melalui laluan darat, laut dan penerbangan secara serentak. Pegawai COSCO China cawangan Guangxi menyatakan, barangan pameran yang dihantar melalui laluan darat kebanyakan dari perusahaan dalam negara atau dari Vietnam, Myanmar atau Laos.

Banyak perusahaan negara asing menghantar barangan pameran mereka melalui laluan laut. Barangan tersebut dihantar ke Hong Kong terlebih dahulu dengan kapal, kemudian baru dihantar ke Nanning melalui Sungai Mutiara. Barangan segar termasuk buah-buahan atau bunga hidup dihantar dengan pesawat. Barangan tersebut langsung dihantar ke lapangan terbang Nanning, pegawai Biro Pemeriksaan dan Kuarantin Guangxi akan memeriksa sama ada barangan itu mengandungi virus atau tidak, baru dihantar ke pusat pameran.

Barangan pameran Ekspo China-ASEAN jumlahnya besar, jenisnya bermacam-macam dan waktu pengangkutannya singkat, ini merupakan cabaran kepada syarikat penghantaran. Pegawai COSCO China cawangan Guangxi memaklumkan, syarikatnya telah menyediakan kenderaan yang mencukupi. Di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Nanning, syarikatnya telah menyediakan 200 orang buruh, di samping itu, hampir 100 orang buruh mahir boleh menjalankan kerja tambahan pada bila-bila masa.

Dimaklumkan, semua barangan pameran akan tiba di pusat pameran sebelum hari perasmian, iaitu 3 November akan datang. Barangan yang dihantar ke Nanning biasanya mengambil masa 7 hingga 8 hari, ini memberi tekanan yang berat kepada syarikat penghantaran. Untuk menjayakan tugas itu, COSCO China cawangan Guangxi sejak pertengahan September yang lalu telah mulai mengadakan persiapan secara bersungguh-sungguh.

Pada pagi 16 oktober lalu, wartawan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Nanning telah menyaksikan pegawai dari pelbagai syarikat penghantaran sedang berbincang bersama-sama dan menyelaraskan kerja-kerja yang terakhir. Untuk menjamin barangan pameran dikeluarkan dari kastam dengan lancar, kastam Nanning telah melaksanakan rancangan kerja penyeliaan barangan pameran Ekspo China-ASEAN.

Dimaklumkan oleh pihak kastam, kaki tangan kastam Guangxi di pelbagai laluan betugas 24 jam sehari termasuk tanpa hari cuti. Dalam tempoh ekspo, kastam Nanning akan menyediakan laluan khas untuk peserta ekspo dan barangan pameran. Misalnya, barangan pameran kumpulan pertama tersebut hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk diperiksa oleh pihak kastam, biasanya proses itu mengambil masa beberapa puluh minit.

Selain itu, kenderaan yang menghantar barangan pameran ke pusat perdagangan dari lebuh raya dan pelabuhan boleh melalui laluan khas, dan keistimewaan itu tidak akan menjejaskan lalu lintas di kawasan bandar.

----Andika