Pada 17 Oktober lalu, Perlumbaan Maraton Antarabangsa Beijing yang diadakan setahun sekali telah diadakan menurut jadual. Berbanding dengan perlumbaan yang sudah, taraf atlet dan skop perlumbaan kali ini lebih tinggi dan besar.
Terdapat banyak bandar di China termasuk Beijing, Xiamen, Dalian dan lain-lain mengadakan perlumbaan Maraton setiap tahun, dalam itu, perlumbaan Maraton di Beijing paling terkenal. Perlumbaan Maraton di Beijing sudah diadakan 23 kali, merupakan perlumbaan yang terkenal di dunia dan telah mendorong pertukaran dalam bidang sukan antara dunia barat dan timur.
Perlumbaan kali ini termasuk 4 acara, iaitu Maraton sepanjang jalan, separuh jalan, 10 kilometer dan 5 kilometer. Seramai lebih 20 ribu atlet termasuk atlet profesional dan atlet amatur menyertai perlumbaan, taraf dan jumlah atlet adalah paling tinggi dalam sejarah perlumbaan Maraton di Beijing. Naib Ketua Pengarah Jawatankuasa Perlumbaan Maraton Antarabangsa Beijing, Naib Pengerusi Persatuan Olahraga China Wang Dawei berkata, "Skop dan jumlah peserta perlumbaan kali ini telah ditingkatkan besar-besaran. Kadar atlet yang boleh menyertai perlumbaan sepanjang perjalanan boleh menunjukkan taraf perlumbaan. Khususnya perlumbaan Maraton yang terkenal di dunia, jumlah peserta yang sanggup mengikuti dalam sepanjang perjalanan lebih ramai. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah peserta yang sanggup mengikuti dalam sepanjang perjalanan dalam perlumbaan Maraton Beijing semakin hari semakin ramai, ini menunjukkan taraf perlumbaan tersebut di Beijing semakin tinggi. Sekarang, Perlumbaan Maraton Antarabangsa Beijing sudah merupakan salah satu daripada 10 perlumbaan Maraton yang paling terkenal di Dunia.
Perlumbaan Maraton Beijing kali ini merupakan perlumbaan khas dari Persatuan Olahraga Antaragbangsa 2004, rekod atlet profesional boleh dimasuki dalam rekod tahunan. Atlet yang unggul dari Kenya, Tanzania, Jepun, Republik Korea dan negara-negara yang lain turut menyertai perlumbaan. Selain hampir 100 orang atlet profesional, juga terdapat seramai lebih 20 ribu orang atlet amatur mendaftar nama untuk menyertai perlumbaan.
Atlet profesional dari Kenya, James Moiben telah meraih pingat emas dalam acara perlumbaan Maraton sepanjang perjalanan lelaki. Beliau pernah menyertai banyak kali perlumbaan Maraton antarabangsa. Beliau berkata, "Saya pertama kali menyertai Perlumbaan Maraton Antarabangsa Beijing. Dulu, saya pernah menyertai Perlumbaan Maraton Antarabangsa Xiamen China dan juga meraih pingat emas. Sekarang, saya sangat gembira kerana menjadi johan lagi di Beijing. Perlumbaan Maraton Antarabangsa Beijing kali ini sangat berjaya, jalan sangat rata, taraf atlet juga tinggi, ini memudahkan atlet untuk mencapai kejayaan."
Walaubagaimana pun taraf atlet dan skop perlumbaan Maraton kali ini lebih tinggi dan besar, tetapi juga terdapat kekurangan. Misalnya, waktu berlepas atlet lelaki dan atlet wanita masih kurang bersedia. Atlet China yang sangat terkenal Sun Yingjie telah meraih pingat emas dalam acara Maraton sepanjang jalan wanita, tetapi beliau masih tidak berpuas hati dengan rekod pencapaiannya. Beliau berpendapat, semasa setengah perjalanan pertama, ramai atlet lelaki amatur yang lebih lambat telah menjejaskan kelajuannya. Beliau berkata, "Cara berlepas kali ini kurang memuaskan, walaupun atlet lelaki dan atlet wanita tidak berlepas bersama-sama, tetapi sepatunya lelaki berlepas lebih awal, kemudian atlet wanita profesional, akhirnya atlet amatur, ini baru bersesuaian dengan cara antarabangsa."
Encik Wang Dawei menyatakan, masalah tersebut memang wujud dalam perlumbaan kali ini. Mereka akan mengkaji secara terperinci untuk menyelesaikan masalah tersebut, agar perlumbaan tahun depan lebih berjaya. Akhirnya Encik Wang Dawei menyatakan, seiring dengan urusan yang semakin sempurna, perlumbaan Maraton Antarabangsa Beijing akan menjadi perlumbaan Maraton yang terbaik di dunia.
----Andika
|