Yiwu merupakan salah sebuah pusat pasaraya yang khas berurusniaga tentang barangan terkenal di China berdekatan kira-kira 200 kilometer dari Bandar Hangzhou ibu kota provinsi Zhejiang China. Bandar peringkat kaunti yang didiami 600 ribu orang penduduk ini agak terkenal dengan pasaraya borongan barangan runcit dan perusahaan pemprosesan, menyebabkan bandar ini menjadi pengeluar barangan yang berjenama terkenal di China dan seluruh dunia.
Yiwu merupakan salah sebuah bandar peringkat kaunti yang kaya-raya di provinsi Zhejiang China. KDNK perkapita berjumlah lebih 3 ribu dolar Amerika.
Zhou Weili, berumur 33 tahun tinggal di bandar itu membuka perniagaan setelah lulus sekolah menengah atas. Melalui perniagaan yang dibina selama 8 tahun, beliau menjadi seorang majikan tempatan yang terkenal. Beliau menyatakan bahawa kami berurusniaga barangan hiasan sejak tahun 1995. Kilang pemprosesan telah didirikan pada tahun 1998 dan seramai 200 orang pekerja. Jumlah eksport bulanan kilang itu menduduki tempat pertama. Barangan buatan kami laris dijual ke lebih 100 buah negara dan kawasan, termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Afrika dan Timur Tengah.
Zhou Weili berkata bahawa perniagaan dapat diuruskan dengan lebih lancar berdasarkan persekitaran pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu China serta atas bantuan kerajaan tempatan. Perusahaan kami berkembang secara berterusan, kami mempunyai ramai pereka khas dan laman web sendiri, misalnya pengedaran perdagangan elektronik telah berjaya dijual menerusi laman web. Beliau berkata bahawa mutu barangan menjadi keutamaan pedagang asing dan antarabangsa. Kedua ialah reputasi dapat mematuhi tarikh yang ditetapkan. Kami berusaha membaharui secara berterusan barang pengeluaran kami berdasarkan adat-resam mereka yang berlainan.
Demi mempertahankan pertumbuhan ekonomi dalam berurusniaga dan persaingan, Zhou Weili berniaga sambil melanjutkan pelajaran dalam bidang perdagangan. Pedagang yang berasal dari keluarga petani itu, memaklumkan kepada pemberita. Beliau berkata bahawa saya berazam akan mengembangkan perniagaan ke luar negara, menubuhkan beberapa buah anak syarikat ke negara-negara Eropah, termasuk Perancis dan Itali dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Puan Jin Luzhen, seorang lagi usahawan yang berjaya berasal dari tempat lain dan menumpukan perhatian tinggi terhadap pasarraya dan masa depan bandar ini. Beliau berkata bahawa pada mulanya, saya hanya menyewa sebuah gerai yang keluasannya kira-kira satu meter persegi. Sekarang, lebih 100 orang pekerja bekerja dengan saya, perniagaan kian hari kian berkembang.
Puan Kim Luzhen berkata bahawa barang keluaran pasarayanya telah laris dijual ke Rusia, Timur Tengah, Pakistan dan negara lain. Jumlah penjualan runcit tahunan mencatat kira-kira 10 juta yuan Renminbi.
Jumlah pengedaran pasaran purata setiap hari mencatat ratusan ribu. Barang dagang laris dijual di pelbagai tempat di China dan lebih 120 buah negara dan kawasan di lima benua di dunia. Jumlah perdagangan di Yiwu pada tahun yang lalu mencatat lebih 24 bilion yuan Renminbi.
Merurut perangkaan, lebih 4 ribu perusahaan terkenal China dan luar negara sekarang telah menubuhkan anak syarikat pengedaran di Yiwu. Lebih 200 buah pejabat telah ditubuhkan oleh badan perdagangan luar ngara dan lebih 4 ribu orang pedagang asing berurusniaga di Yiwu.
|