Menurut Harian Renminribao China, Biro Statistik Negara China mengumumkan statistik bahawa peruntukan dalam bidang sains dan teknologi China meningkat pesat pada tahun lalu.
Berdasarkan statistik, China telah memperuntukkan 1.3% KDNK iaitu lebih 150 bilion Yuan RMB untuk pembangunan bidang sains dan teknologi pada tahun lalu, jumlah itu meningkat 19.6% berbanding tempoh yang sama tahun 2002.
|