Menurut berita CRI, Naib Menteri Perdagangan China An Min hari ini di Beijing menyatakan bahawa Ekspo China-ASEAN yang akan diadakan pada bulan depan akan menyediakan peluang kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala dan pelbagai hala antara China dengan pelbagai negara ASEAN.
An Min berkata, aktiviti ekspo meliputi daripada perdagangan barangan,, perdagangan perkhidmatan, rundingan pelaburan, forum perdagangan dan pelaburan dan pertukaran kebudayaan. Dijangka lebih 2000 buah perusahaan dalam dan luar negara akan menyertai ekspo tersebut.
|