|
Jurucakap Biro Statistik Negara China, Zheng Jingping hari ini di Beijing mengumumkan, Keluaran Dalam Negara Kasar China pada tiga suku pertama tahun ini meningkat 9.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Demikian dinyatakan oleh beliau dalam sidang media yang diadakan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China hari ini. Beliau berkata, pada tiga suku pertama tahun ini, kerajaan China melalui pelaksanaan dasar kawalan makroekonomi telah berjaya mengekalkan pertumbuhan ekonomi China yang pesat dan stabil.
|