Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-22 14:40:35    
China dan ASEAN akan Tandatangani Perjanjian Perdagangan Kargo

CRI
Naib Menteri Perdagangan China, An Min pada 21 Oktober di Beijing menyatakan, setelah proses Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN mulai dijalankan pada tahun 2002, kedua-dua pihak telah mengadakan rundingan banyak pusingan dan telah mencapai kemajuan besar. China dan ASEAN mungkin akan menandatangani perjanjian perdagangan kargo dalam tempoh Sidang Pemimpin China-ASEAN yang akan diadakan di Vientiane, Laos pada November tahun ini.

Encik An Min semalam telah diwawancara oleh pihak media tentang Ekspo China-ASEAN yang akan diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China pada November tahun ini. Beliau menyatakan, setelah perjanjian perdagangan kargo ditandatangani, China dan ASEAN akan melaksanakan penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN secara menyeluruh pada tahun 2005 menurut jangkaan.

Zon Perdagangan Bebas merupakan ketetapan perdagangan yang lebih istimewa berbanding WTO. Setelah Zon Perdagangan China-ASEAN ditubuhkan, tarif antara China dengan 10 negara anggota ASEAN akan diturunkan, perdagangan perkhidmatan lebih bebas dan pelaburan serta perdagangan lebih mudah dijalankan.

Dimaklumkan bahawa China dan ASEAN sudah mencapai perjanjian tentang kandungan utama perdagangan kargo dalam sidang Menteri Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada September lalu. Dalam sidang itu, para menteri negara ASEAN dengan sebulat suara mengiktiraf kedudukan ekonomi pasaran China dan telah menghapuskan halangan yang paling besar dalam rundingan perdagangan.

Encik An Min berkata, negara ASEAN merupakan negara jiran yang bersahabat dengan China. China mementingkan perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan ASEAN. Penubuhan Zon Perdagangan Bebas merupakan hasil perkembangan hubungan kedua-dua pihak dan ia berfaedah bagi kedua-dua pihak bersama-sama menghadapi cabaran globalisasi ekonomi dan integrasi ekonomi serantau.

Kadar pertumbuhan perdagangan China-ASEAN sejak tahun 1990 mencatat 20% dan jumlah perdagangan antara China dengan ASEAN telah mencapai 78.2 bilion dolar Amerika. ASEAN sudah menjadi rakan perdagangan kelima terbesar China dalam 11 tahun berturut-turut yang lalu.