Sejak kerajaan China mengamalkan dasar pembangunan di bahagian barat China, usaha perlindungan ekologi alam sekitar sentiasa diutamakan dalam kerja itu. Dijangka pada akhir tahun ini, seluas kira-kira 78.7 juta hektar tanah telah dipulihkan menjadi kawasan hutan daripada tanah pertanian dan seluas kira-kira 113.3 juta hektar tanah telah ditanam pokok telah ditanam di kawasan padang dan gunung tandus; Sejak projek percubaan pemulihan padang ternak menjadi padang rumput dilaksanakan dalam tempoh lebih dua tahun, usaha itu telah dilaksanakan di kawasan seluas kira-kira 126.7 hektar. Projek pemulihan tanah pertanian menjadi hutan dan pemulihan padang ternak menjadi padang rumput telah menjadi projek penting untuk menyelesaikan isu pertanian, desa dan petani, rancangan itu juga merupakan tindakan penting untuk mendorong perubahan cara pengeluaran dan meningkatkan taraf hidup kaum tani.
Dalam sidang perbincangan tentang kerja pemulihan tanah pertanian menjadi hutan dan pemulihan padang ternak menjadi padang rumput yang diadakan di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China baru-baru ini, Naib Pengarah Pejabat Kumpulan Pimpinan Pembangunan Kawasan Bahagian Barat Dewan Negara China, Encik Duan Yingbi memaklumkan, mekanisme yang sempurna telah dibentuk dalam projek pemulihan tanah pertanian menjadi hutan dan pemulihan padang ternak menjadi padang rumput. Mekanisme itu bukan sahaja bermanfaat untuk memulihara ekologi alam sekitar dan meningkatkan taraf sosial penduduk di kawasan itu, tetapi juga bermanfaat untuk memangkin ekonomi, mendorong penyusunan semula struktur pertanian. Perusahaan penternakan, perhutanan, perumputan, bahan herba China dan lain-lain di kebanyakan kawasan berkembang pesat. Pangkalan pengeluaran susu, daging dan bulu, pangkalan pengeluaran rumput, pangkalan pengeluaran bahan herba China dan buah-buahan telah dibentuk. Urus niaga perusahaan utama di kawasan tersebut semakin merancakan pasaran, hasil perkembangan ekologi alam sekitar diperkukuh dan pendapatan kaum tani tempatan telah ditingkatkan. Jumlah penjualan perusahaan utama yang menghasilkan susu di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China, iaitu Syarikat Yili dan Syarikat Mengniu melebihi 11 bilion Dolar Amerika pada tahun 2003, dan membolehkan taraf hidup lebih sejuta kaum tani yang menternak lembu susu meningkat.
Pelaksanaan projek pemulihan tanah pertanian menjadi hutan dan pemulihan padang ternak menjadi padang rumput juga mengubah kebiasaan penggarapan tanah secara tradisional dalam jangka panjang di desa iaitu penanaman secara meluas, akan tetapi penuaian kurang baik dan menyusun semula struktur penggunaan tanah yang kurang rasional. Menurut maklumat Encik Duan Yingbi, penternakan dilarang dilaksanakan di kawasan tanah pertanian dan padang ternak, di samping itu, ketetapan juga telah dibuat menghentikan kerja menternak untuk sementara waktu dan secara bergilir di kawasan tertentu dilaksanakan di padang ternak di bandar Erdos di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China. Pada tahun 2003, jumlah ternakan di seluruh bandar itu tidak menurun, sebaliknya meningkat kepada 8.2 juta ekor daripada 7 juta ekor. Pendapatan bersih perkapita petani dan penggembala mencatat 3090 Yuan RMB, meningkat 25.1% berbanding pada tahun 2002, angka itu membaharui rekod pengeluaran hasil penternakan dalam sejarah di kawasan itu.
Kerajaan China juga menyediakan sejumlah besar bantuan kewangan dan bahan makanan kepada kaum tani di kawasan mundur dan kawasan yang keadaan ekologi alam sekitarnya amat buruk setelah pelaksanaan projek pemulihan tanah pertanian menjadi hutan dan pemulihan padang ternak menjadi padang rumput .
----Ching
|