Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-25 16:04:14    
Pengenalan tentang Keadaan Penghasilan Sayur-sayuran Tanpa Pencemaran di Kampung Liufu Bandar Tianjin China

CRI

Sayur-sayuran tanpa pencemaran bermaksud dalam proses penanaman, pengangkutan, penyimpanan dan penjualan, sayur-sayuran tidak dicemari oleh bahan kimia atau racun serangga perosak berlebihan. Ia berkhaziat, bersih dan bermutu baik dan menjadi semakin popular dalam masyarakat am.

Dimaklumkan bahawa kerajaan bandar Tianjin China menumpukan perhatian utama terhadap industri sayur-sayuran tanpa pencemaran, dan menetapkannya sebagai salah satu daripada 20 perkara terpenting yang perlu dilakukan untuk penduduk bandar itu. Di Zon Contoh Sains dan Teknologi Tinggi Pertanian Bandar Tianjin, ahli sains mengadakan percubaan penanaman sayur-sayuran jenis baru yang diperkenalkan dari dalam dan luar negara, antaranya Tomato Belanda, Timun Mini, Terung, Cili Berwarna dan Tomato Kuning Taiwan. Berdasarkan tuntutan penghasilan sayur-sayuran tanpa pencemaran, mereka mengadakan kawalan mutu sepanjang proses penanaman, dan berjaya memperoleh pengalaman model pengurusan yang paling baik semasa penanaman sayur-sayuran tanpa pencemaran dan menguasai teknologi pencegahan dan rawatan penyakit serangan serangga terhadap sayur-sayuran yang mengutamakan teknologi biologi.

Pada masa ini, sebanyak 10 buah pangkalan contoh penghasilan sayur-sayuran tanpa pencemaran telah ditubuhkan di Tianjin.

Di Zon Contoh Tanaman Sayur-Sayuran Tanpa Pencemaran Kampung Liufu, Daerah Xiqing Bandar Tianjin, Encik Hao Xiangbao, Penghulu Kampung itu memaklumkan kepada wartawan CRI, "Kami tidak bimbang akan sayur-sayuran yang kami hasilkan sukar dijual. Kami menanam sayur-sayuran tanpa pencemaran berdasarkan standard yang ditetapkan. Zon contoh tanaman kami sudah berkembang cukup besar, dan kami akan menubuhkan satu syarikat penghantaran untuk menjual sayur-sayuran secara langsung kepada badan kerajaan, sekolah, hospital, hotel dan kawasan perumahan di bandar. Sejak tahun ini, sayur-sayuran tanpa pencemaran semakin laris dijual di pasaran Tianjin."

Disebabkan keistimewaannya, sayur-sayuran tanpa pencemaran tidak semudah sayur biasa yang langsung boleh dijual. Ia mesti diperiksa oleh badan khas dahulu, kemudiannya barulah boleh ditandakan sayur-sayuran tanpa pencemaran untuk dijual di pasaran.

Encik Hao Xiangbao berpendapat, "Keadaan itu masuk akal, kerana kelebihan sayur-sayuran tanpa pencemaran belum dijelaskan sepenuhnya pada masa ini. Sistem pemasaran sayur di pasaran belum sempurna dan tidak standard. Tetapi kami yakin pada masa depan, sistem itu pasti akan disempurnakan, kerana kerajaan China giat mengambil tindakan menjamin keselamatan hasil pertanian."

Pada masa ini, bandar Tianjin telah mencapai taraf maju di seluruh negara China dalam pelbagai aspek antaranya sistem standard pembangunan industri sayur-sayuran tanpa pencemaran, sistem pemeriksaan, sistem undang-undang dan sistem penjualan di pasaran.

Encik Duan Guorui, pegawai Biro Pertanian dan Perhutanan Bandar Tianjin memaklumkan, "Setelah menubuhkan zon contoh penghasilan sayur-sayuran tanpa pencemaran, kami dapat menggalakkan para petani menanam sayur-sayuran di kawasan sekitarnya berdasarkan tuntutan teknologi dan standard yang ditetapkan untuk menanam sayur-sayuran tanpa pencemaran, dan serentak itu, kami juga dapat melakukan persiapan yang baik sebelum sistem kemasukan pasaran dilaksanakan pada suatu masa nanti."

Biro Pertanian Bandar Tianjin memaklumkan bahawa pada masa ini, bandar Tianjin telah mengesan ladang tanaman sayur-sayuran tanpa pencemaran seluas hampir 33 ribu hektar, dan hasil tahunannya berjumlah sejuta tan. Perusahaan yang mengurusniaga sayur-sayuran tanpa pencemaran berjumlah 35 buah, dan banyak jenis sayur-sayuran yang dihasilkan di Tianjian telah menjadi jenama yang terkenal di seluruh negara China. Rakyat China juga dapat menikmati sayur-sayuran yang lebih segar dan selamat.

----AZMI