Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-25 16:14:11    
Kerajaan China Tingkatkan Pengetahuan Sains Penduduk Awam

CRI
Penduduk China berjumlah 1.3 bilion. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China dan jabatan yang berkaitan telah melaksanakan pelbagai cara untuk meningkatkan pengetahuan sains penduduk awam, berusaha menjadikan beban jumlah penduduk yang banyak sebagai keunggulan sumber tenaga manusia bagi mendorong pembangunan China secara berterusan.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kajian terhadap pengetahuan sains penduduk awam dijalankan dua tahun sekali di seluruh negara. Berdasarkan keputusan kajian itu, pengetahuan sains penduduk awam di China meningkat setahun demi setahun. Akan tetapi, menurut pegawai Institut Penyelidikan Pengetahuan Sains dan Teknologi China yang bertanggungjawab atas kajian itu Encik Li Daguang, peningkatan pengetahuan sains penduduk awam di China tidak pesat. Beliau berkata,

"Berdasarkan keputusan beberapa kajian yang telah dilaksanakan pada masa dahulu, pengetahuan sains penduduk awam China telah meningkat, akan tetapi berbanding dengan pertumbuhan ekonomi, kecepatan itu kurang laju. Berbanding dengan negara-negara barat yang maju, taraf pengetahuan sains kami masih rendah."

Untuk meningkatkan pengetahuan sains penduduk awam China, kerajaan China telah melaksanakan pelbagai cara seperti membina sejumlah balai perkenalan pengetahuan sains dan teknologi dan meningkatkan penerbitan dan pengedaran bahan bacaan. Pakar yang bertanggungjawab terhadap perkenalan pengetahuan sains dan teknologi China yang juga Ketua Balai Sains dan Teknologi China Encik Wang Yusheng ketika diwawancara oleh wartawan menyatakan, tindakan-tindakan tersebut telah mencapai kejayaan. Beliau berkata,

"Pada tahun-tahun kebelakangan ini, usaha memperkenalkan pengetahuan sains dan teknologi mencapai kemajuan di China. Jabatan kerajaan telah mengeluarkan dasar yang bermanfaat bagi pekembangan usaha itu, lebih banyak pekerja menyertai usaha itu dan keghairahan penduduk awam untuk menguasai pengetahuan sains dan teknologi semakin meningkat."

Selain kerajaan, beberapa pertubuhan rakyat China juga menyertai usaha perkenalan pengetahuan sains dan teknologi, Gabungan Sains dan Teknologi China yang terdiri daripada pekerja dalam sektor sains dan teknologi merupakan salah satu antara pertubuhan tersebut. Pegawai pertubuhan itu Encik Zhang Yutai menyatakan,

"Gabungan Sains dan Teknologi China menggalakkan pekerja dalam sektor sains dan teknologi melaksanakan pelbagai aktiviti perkenalan pengetahuan sains dan teknologi di desa, kawasan kediaman penduduk di bandar dan di kalangan remaja melalui lawan web. Misalnya memberi latihan dan laporan dalam bidang sains dan teknologi, menjalankan usaha pelbagai bentuk menerusi TV, radio, internet, buku bacaan dan lain-lain."

Untuk merapatkan jurang perbezaan dengan negara-negara maju, meningkatkan pengetahuan sains dan teknologi penduduk awam, kerajaan China sedang merangka rancangan perkembangan sains dan teknologi, meningkatkan peruntukan dalam bidang itu. Berusaha agar taraf pengetahuan sains dan teknologi penduduk awam di China mencapai taraf negara-negara maju pada awal abad ke-21 pada tahun 2020, sehingga beban jumlah penduduk yang banyak dijadikan sebagai keunggulan sumber tenaga manusia. Ketua Balai Sains dan Teknologi China Encik Wang Yusheng menyatakan,

"Kami akan berusaha agar semua orang mendapat perkhidmatan awam tentang pengetahuan sains dan teknologi; di samping itu, membentuk mekanisme yang rasional agar usaha itu dilaksanakan dengan pimpinan kerajaan, penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dan dorongan ekonomi pasaran."

----Ching