Akademi Sains China yang merupakan sektor pengkajian sains yang terkenal di China telah mengalami pembaharuan secara besar-besaran pada tahun-tahun kebelakangan ini, dengan pembaharuan dalam sistem tenaga, sumber dan pelbagai bidang yang lain, Akademi Sains China telah berjaya meningkatkan daya persaingannya dan mencapai banyak kejayaan yang cemerlang.
1 November merupakan ulang tahun ke-55 penubuhan Akademi Sains China. Sebagai sektor pengkajian sains pasti alam yang paling besar di China, Akademi Sains basis China mencapai kejayaan yang besar dalam pengkajian sains dan teknologi yang canggih.
Manakala, Akademi Sains China menghadapi masalah kekurangan dana dan kelengkapannya usang pada tahun 1990-an. Jurang perbezaan pengkajian sains China dengan negara yang maju amat besar.
Demi mengatasi masalah itu dan memenuhi keperluan perkembangan sosioekonomi yang pesat di China, Akademi Sains China melaksanakan pembaharuan secara besar-besaran mulai tahun 1998. Setiausaha Agung Akademi Sains China, Encik Li Zhigang berkata, "tindakan pembaharuan yang dilaksanakan itu bertujuan untuk menjadikan usaha kami memenuhi keperluan sains dan teknologi utama negara dengan lebih baik."
Dengan tindakan pembaharuan itu, Akademi Sains China mulai menetapkan matlamat perkembangan penting berdasarkan keperluan strategi negara serta perkembangan sains dan teknologi dunia.
Mencapai perkembangan melalui mekanisme persaingan merupakan sari usaha pembaharuan Akademi Sains China. Dimaklumkan, projek pengkajian yang mempunyai sumber tenaga manusia yang kaya dan prospek yang baik dapat memperoleh peruntukan yang mencukupi. Taraf pengkajian sains juga semakin ditingkatkan.
Selain itu, ahli pengkaji yang berkhidmat di Akademi Sains China telah diberikan pendapatan yang lebih banyak dan keutamaan yang semakin baik.
|