Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-26 14:40:13    
China Gubal Undang-undang Harta Benda Swasta

cri
Untuk menyempurnakan sistem jaminan sosial yang bersesuaian dengan pembangunan ekonomi China dan meningkatkan perlindungan harta benda swasta, Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China akan mengutamakan penggubalan Undang-undang Harta Benda Swasta pada tahun ini.

Undang-undang Harta Benda Swasta merupakan perkara penting undang-undang sivil, tujuannya adalah untuk menyelesaikan pemilikan dan penggunaan harta bende swasta. Undang-undang dan peraturan sivil China yang lalu terikat oleh sistem perancang ekonomi, ia terlalu menegaskan perlindungan terhadap harta bende awam, tidak menetapkan perlindungan terhadap harta benda swasta. Pada Mac tahun ini, dalam Perlembagaan yang baru dipinda Kongres Rakyat Kebangsaan China telah menetapkan isi kandungan penting, iaitu perlindungan terhadap harta benda swasta, yang telah memberi peluang bagi menggubal Undang-undang Harta Benda Swasta.

Ketua Pengarah Suruhanjaya Kerja Sistem Perundangan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, encik Hu Kangsheng ketika memperkenalkan peranan dan erti undang-undang tersebut berkata, "Undang-undang Harta Benda Swasta akan memainkan peranan penting bagi menetapkan hak harta benda, melindungi hak dan kepentingan harta benda swasta, memelihara orde sosioekonomi dan mendorong pembangunan modenisasi sosialisme."

Rang Undang-undang Harta Benda Swasta mempunyai 5 bahagian dan jumlah 297 fasal, rang undang-undang itu telah menetapkan negara, kumpulan dan peribadi mempunyai hak pemilikan terhadap apa harta benda serta menyempurnakan sistem undang-undang melindungi harta benda swasta. Rang undang-undang itu mengaturkan bahawa negara melindungi simpanan wang peribadi, melindungi pelaburan swasta serta pendapatan daripada pelaburan. Rang undang-undang itu juga telah membuat ketetapan tentang bagaimana menyelesaikan masalah yang menjadi tumpuan masyarakat China termasuk tanah petani digunakan oleh kerajaan dan perpindahan rumah penduduk kota.

Rang Undang-undang itu juga menetapkan negara, kumpulan dan peribadi memiliki hak dan kepentingan terhadap perusahaan dengan sama rata, hak dan kepentingan itu akan dilindungi.