Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-27 16:19:03    
Kegiatan Seludup Dicegah dengan Berkesan di China

CRI

Pegawa Jabatan Pentadbiran Am Kastam China dalam sidang akhbar semalam telah memperkenalkan usaha kerajaan China untuk membanteras kegiatan penyeludupan pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Naib Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Kastam China, Encik Sheng Guangzu berkata, kegiatan jenayah penyeludupan telah dicegah dengan berkesan semenjak kerajaan China meningkatkan usaha membanteras penyeludupan pada tahun 1998, pendapatan tarif yang diperolehi kastam China telah meningkat setahun demi setahun.

Menurut Encik Sheng Guangzu, kerajaan China sentiasa mengutamakan usaha anti-penyeludupan untuk memelihara order ekonomi yang normal.

Beliau berkata, "semenjak tahun 1998, China melaksanakan tindakan membanteras penyeludupan secara besar-besaran dan berjaya mencegah kegiatan penyeludupan dengan berkesan."

Didedahkan bahawa bermula tahun 1998 hingga tahun 2003, badan berkaitan China telah membongkarkan sebanyak lebih 120 ribu kes penyeludupan yang melibatkan duit sebanyak lebih 200 bilion Yuan Renminbi.

Kini, kesan negatif akibat kegiatan menyeludup terhadap sektor petroleum, petrokimia, tembakau serta besi dan besi waja telah dikurangkan dengan nyata selepas penyeludupan kereta, motosikal, rokok dan lain-lain dicegah dengan berkesan.

Di samping membanteras kegiatan penyeludupan, badan kastam China juga akan berusaha meningkatkan penyeliaan terhadap kakitangan mereka.

Naib Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Kastam China, Encik Sheng Guangzu menyatakan pihaknya akan mengenakan hukuman berdasarkan undang-undang kepada kakitangan kastam yang terlibat dalam kegiatan rasuah.

Dimaklumkan, Jabatan Pentadbiran Am Kastam China akan menyempurnakan sistem kawalan kredit perusahaan import-eksport besar dan sederhana, meningkatkan usaha penyeliaan terhadap barangan dan kenderaan pengangkutan yang keluar masuk dari sempadan dan bekerjasama dengan Hong Kong, Makau dan negara rakan perdagangan utama dalam usaha membanteras penyeludupan.