Menurut Agensi Berita China, seiring dengan alat elektrik China semakin hari semakin popular di pasaran Thailand, perusahaan alat elektrik China yang terkenal antaranya Hair dan TCL telah melabur dan menubuhkan kilang pengeluaran mereka di Thailand. Kilang cawangan TCL yang akan dirasmikan di Thailand akan menjadi pangkalan pengeluaran set TV warna yang penting untuk TCL, pasarannya meliputi seluruh Thailand malah seluruh ASEAN.
Thailand menjadi pilihan terbaik untuk pelabur China di ASEAN. Berdasarkan statistik tidak lengkap kerajaan Thailand, perusahaan China sekarang melabur dalam lebih 230 projek di Thailand, jumlah pelaburannya mencapai lebih 260 juta dolar Amerika, melibatkan sektor tenunan, barangan getah, pemprosesan makanan, pembuatan barangan industri kimia, pemprosesan logam, perbankan, insurans, perdagangan, perhotelan, restoran, hartanah dan lain-lain. Thailand merupakan rakan dagangan China ke-5 terbesar dan paling penting di kalangan negara-negara ASEAN.
Dalam tempoh 2 tahun yang lalu, jumlah perusahaan China yang mengemukakan permohonan keutamaan pelaburan kepada Thailand semakin meningkat. Pada tahun lalu, pelabur China mengemukakan 16 permohonan keutamaan pelaburan, jumlahnya melebihi 2.3 bilion Baht, meningkat 12% berbanding tempoh yang sama tahun sebelum itu. 11 permohonan daripada 16 permohonan itu telah diluluskan, jumlah pelaburannya melebihi 1.46 bilion Baht, melibatkan barangan getah, bungkusan plastik, litar bersepadu, janakuasa elektrik, mutiara dan berlian, telefon dan lain-lain.
Selain industri alat elektrik, industri kimia merupakan satu lagi industri yang menarik pelabur China. Kumpulan Huayuan China telah melabur sejumlah 100 juta dolar Amerika dalam industri tenunan dan kimia, dan akan melabur dalam bidang perubatan dan lain-lain.
Menurut berita Kementerian Perdagangan China, pakar ekonomi Vietnam menegaskan, prospek ekonomi dan perdagangan China-Vietnam sangat baik, lebihan dagangan China di Vietnam sudah menurun, perdagangan kurang seimbang antara kedua-dua negara sudah diperbaiki. Setelah China-ASEAN mula melaksanakan rancangan "Penghasilan Awal" pada 1 Januari 2004, tarif buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan laut dari Vietnam ke China sudah menurun, ini menyediakan peluang yang sangat baik kepada perusahaan Vietnam.
Bahagian barat China menyediakan banyak dasar keutamaan, barangan dari Vietnam boleh dipasarkan di kawasan itu, makanan laut dan buah-buahan tropika Vietnam sangat laku di kawasan barat China.
Bermula pada Januari tahun ini, China telah membatalkan tarif 300 jenis hasil pertanian dari Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja. Ini telah menyediakan peluang yang baik kepada perusahaan Vietnam.
Menurut Agensi Berita China, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia mendedahkan, Malaysia dan China akan membincangkan usaha mengiktiraf sijil kolej dan pusat pengajian tinggi kedua-dua pihak. Kabinet Malaysia baru-baru ini telah mengiktiraf sijil bahasa Mandarin Universiti Peking dan Universiti Tsinghua, iaitu dua universti yang terkenal di China. Sebelum itu, Malaysia hanya mengiktiraf sijil perubatan beberapa universtii China.
Dimaklumkan, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah pelajar Malaysia di China sudah mencapai hampir seribu orang, jumlah pelajar China di Malaysia sudah melebihi 10 ribu orang. Kerjasama dalam bidang pendidikan antara kedua-dua negara tersebut menjadikan masalah saling mengiktiraf sijil sangat mendesak bagi para pegawai pendidikan kedua-dua negara tersebut.
Menurut berita CRI, Konsular Vietnam di Kunming China Encik Nguyen Van Dong menyatakan, dari Januari hingga Julai tahun ini, jumlah perdagangan China-Vietnam mencapai 140 juta dolar Amerika, meningkat 76.6% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Masa depan kerjasama ekonomi dan perdagangan Yunnan China-Vietanm sangat cerah, jumlah perdagangan Yunnan_Vietnam dijangka akan melebihi 300 juta dolar Amerika. Pada tahun 2005, jumlah itu akan mencapai 500 juta dolar Amerika.
Menurut Agensi Berita Xinhua China, sejak kerajaan Thailand mengumumkan "Peraturan Mengizinkan Perubatan Tradisional China" pada tahun 2000, jumlah eksport ubat-ubatan tradisional dari China ke Thailand semakin meningkat. Jumlah eksport ubat-ubatan dari China ke Thailand sudah meningkat kepada 4.75 juta dolar Amerika pada tahun 2003 daripada 2.8 juta dolar Amerika pada tahun 2000.
Media Massa Malaysia baru-baru ini melaporkan, Bank Bumiputera akan memperluaskan urusniaganya, terutamanya di China dan pelbagai negara Asia Tenggara. Pegawai bank itu mendedahkan, mereka terlebih dahulu akan melabur di Indonesia.
Media massa Filipina melaporkan, Kementerian Pelancongan Filipina telah memberi tumpuan terhadap pelancong dari China dan akan memulakan promosi pelancongan Filipina di China. Mereka akan bekerjasama dengan 4 Agensi Pelancongan milik negara di Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen. Berdasarkan sasaran Kementerian Pelancongan Filipina, jumlah pelancong China yang melawat Filipina pada tahun ini mencapai 48058 orang, meningkat 50% berbanding tahun lalu.
Andika
|