Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-28 17:07:38    
Kelab Ping Pong di Kawasan Perumahan Hujiayuan Beijing

CRI
Pada Oktober 2001, Cui Xiangfa dan rakan-rakannya yang meminati sukan Ping Pong telah menubuhkan kelab Ping Pong Hujiayuan.

Kalau tiada kelab itu, ramai penduduk di kawasan perumahan itu tidak saling mengenali, kelab Ping Pong itu telah menyediakan suasana yang baik kepada penduduk di kawasan perumahan Hujiayuan untuk bertemu, bertukar-tukar pendapat dan beriadah.

Kelab Ping Pong Hujiayuan di daerah Dongcheng Beijing sekarang mempunyai 50 orang anggota, yang terdiri daripada pegawai kerajaan, buruh, saudagar, pelajar serta pekerja dari provinsi yang lain, terdapat anggota bermain Ping Pong di kelab itu dari pagi sampai ke malam.

Cui Fa Xiangfa merupakan salah seorang pengasas kelab itu dan Ping Pong merupakan kegemarannya. Setelah bersara, beliau sering bermain Ping Pong dengan rakan-rakannya, semasa menyentuh tentang penubuhan kelab itu, beliau berkata, "Kawasan perumahan Hujiayuan hanya mempunyai 2 buah meja Ping Pong pada masa dahulu yang berkualiti rendah. Saya bersama-sama rakan-rakan sering bermain Ping Pong di stadium, kemudahan sukan Ping Pong di stadium walaupun baik, tetapi bayarannya juga mahal. Saya membelanjakan lebih 1000 yuan RMB setahun untuk bermain Ping Pong di stadium, tetapi jumlah wang itu cukup untuk membeli sebuah meja Ping Pong. Kemudian saya bersama-sama 4 orang rakan saya mengumpulkan wang untuk menubuhkan kelab Ping Pong.

Pada Oktober 2001, mereka memohon bantuan kewangan dan pen daripada jawatankuasa pentadbiran kawasan perumahan itu. Atas sokongan jawatankuasa pentadbiran kawasan perumahan Hujiayuan dan badan-badan yang berkaitan, penggemar Ping Pong di kawasan perumahan itu telah mempunyai sebuah lapangan untuk bermain Ping Pong serta berjaya mengumpul wang sebanyak lebih 1300 yuan RMB untuk membeli sebuah meja Ping Pong. Sejak kelab itu ditubuhkan hingga sekarang, keanggotaan kelab itu semakin ramai, sekarang, kelab itu sudah mempunyai 3 buah meja Ping Pong serta lebih 50 orang anggota.

Antara lebih 50 orang anggota kelab itu, ada yang memberi sumbangan sebanyak 50 yuan RMB, dan ada yang memberi sumbangan 150 yuan RMB, wang tersebut diberikan berdasarkan prinsip sukarela dan bergantung kepada kemampuan mereka. Kelab itu mengumumkan cara penggunaan wang sumbangan tersebut untuk menjadikan pengurusan kewangannya telus.

Kelab itu juga sangat mengalu-alukan penyertaan penggemar Ping Pong yang tidak menyediakan wang sumbangan. Terdapat ramai penduduk dari kawasan perumahan yang lain sering bermain Ping Pong di kelab itu. Saya telah mewawancarai Encik Wu yang berbasikal selama setengah jam di kelab itu untuk bermain Ping Pong, Encik Wu berkata, "Kemudahan di kelab ini sangat baik, penggemar permainan Ping Pong yang bertaraf tinggi ramai, melawan mereka boleh meningkatkan taraf Ping Pong saya. Saya sering ke kelab ini dan sudah mempunyai ramai kawan di sini. Saya mengharapkan kawasan perumahan kami juga boleh mempunyai sebuah kelab Ping Pong seperti ini."

Oleh sebab kegiatan kelab itu diadakan di luar bangunan, maka meja Ping Pong mudah rosak kerana perubahan cuaca atau ditimpa hujan. Pada awalnya, anggota kelab itu memindahkan meja Ping Pong itu ke bangunan di sebelahnya pada waktu malam dan mengalihkan semula pada pagi keesokan harinya. Seiring dengan meja Ping Pong semakin hari semakin banyak, anggota kelab itu menutup meja Ping Pong dengan plastik setiap malam. Semua anggota kelab menjaga kemudahan Ping Pong kelab itu dengan bersungguh-sungguh.

Sekarang, kelab itu semakin hari semakin maju, anggota kelab itu telah melantik rakan yang mempunyai kemahiran permainan yang tinggi menjadi jurulatih kelab. Feng Ying yang berumur 21 tahun menganggotai kelab itu pada tahun lalu. Dia sangat meminati sukan Ping Pong dan telah mencapai kejayaan dalam pertandingan "Piala Bunga" kelab itu. Setiap kali pemain Ping Pong dari kawasan perumahan itu mencapai kejayaan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak luar, para anggota kelab itu akan mengumpulkan wang sumbangan untuk mengadakan aktiviti meraikan kejayaan mereka.

Para anggota kelab itu saling mengambil berat, membantu dan bekerjasama. Menjaga kebajikan anggotanya kalau sesiapa sakit, anggota yang lain akan mengziarahinya. Seorang anggota kelab Encik Shen mengalami sakit yang diperlayai penyakit kanser, beliau susah hati setiap hari dan sudah lama tidak bermain Ping Pong bersama rakan-rakannya. Anggota kelab itu pergi menziarahinya dan menasihatkannya jangan terlalu susah hati. Tidak lama selepas itu, doktor mengesahkan beliau tidak mengalami penyakit kanser, beliau bermain Ping Pong semula dengan rakan-rakannya.

Zhang Meng berasal dari provinsi lain dan sekarang bekerja di Beijing dan tinggal di perumahan Hu Jiayuan tersebut, beliau berkata, "Saya setiap hari bermain Ping Pong bersama-sama penduduk di kawasan perumahan saya selepas pulang kerja, rakan-rakan saya semuanya sangat mesra dan baik hati, ini telah menghilangkan rasa keseorangan dan rasa kerinduan terhadap kampung halaman saya. Saya mempunyai ramai kawan dalam kelab ini dan mereka telah memberi banyak bantuan kepada saya."

Terdapat ramai penduduk di kawasan perumahan Hujiayuan menyatakan, kalau tanpa kelab Ping Pong itu, ramai penduduk tidak saling mengenali walaupun tinggal di kawasan perumahan yang sama. Kelab itu telah menyediakan suasana untuk bertemu dan berintraksi di kalangan penduduk di kawasan perumahan itu.

Di kalangan lebih 50 anggota kelab itu, mereka berumur antara belasan tahun sehingga 70 tahun, mereka menjadi kawan, teman beriadah dan saling bantu-membantu antara satu dengan lain.

Andika