Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-28 11:53:12    
Kerajaan Indonesia Akan Bagaimana Wujudkan "Perjanjian Ekonomi"

Agensi Berita Xinhua China
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono telah mengangkat sumpah jawatannya, ahli kabinet baru pun mengangkat sumpah jawatan mereka. Bagaimana mempercepat pembangunan ekonomi berdasarkan perjanjian dalam pertandingan pemilihan presiden sudah menjadi tugas utama Presiden Susilo.

Dalam tempoh pertandingan pemilihan presiden, Susilo pernah berkata, kadar pertumbuhan ekonomi Indonesia 4% hingga 4.8% sekarang mesti ditingkatkan kepada lebih 6.6%. Jika beliau dipilih sebagai presiden akan berusaha meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Indonesia kepada lebih kurang 7.6% menjelang tahun 2009.

Kerajaan Indonesia yang lalu telah memperkukuh ekonomi makro Indonesia dan telah memelihara pertumbuhan ekonomi. Bekas Presiden Indoensia, Megawati pernah membahagikan pertumbuhan ekonomi Indonesia kepada 3 peringkat. Mulai tahun 2005 ialah peringkat ketiga. Maka, bagaimana ekonomi Indonesia dapat mewujudkan pertumbuhan pesat, bagaimana mengatasi rasuah dan memerangi keganasan dengan berhasil, bagaimana memperbaiki suasana pelaburan dan menarik semula pelaburan asing menjadi masalah utama akan diselesaikan.

Tentang keadaan tersebut, Susilo dalam ucapannya pernah menegaskan berulang kali pentingnya antirasuah dan antikeganasan. Baru-baru ini, Sulilo dalam sidang Gabenor Provinsi Indonesia telah mengeluarkan 9 buah arahan yang menuntut pelbagai provinsi mengatasi kebiasaan buruk dan memangkin pembangunan ekonomi.

Dasar ekonomi Susilo akan terus mempertahankan beberapa tindakan baik kerajaan yang lalu, misalnya melaksanakan dasar kewangan yang stabil, mendorong pembinaan projek besar untuk menambah peluang bekerja. Serentak itu, kerajaan baru akan membangunkan terlebih dahulu sektor pertanian, perikanan dan penggembalaan. Kerajaan juga berancang melaksanakan dasar yang tidak berani dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu, iaitu mengurangkan atau membatalkan subsiti penggunaan bahan bakar yang tinggi, dana itu digunakan dalam pembinaan infrastruktur. Menurut angka kerajaan Indonesia, subsiti kerajaan tersebut mencatat kira-kira 6.8 bilion dolar Amerika, angka itu menempati 16% perbelanjaan kewangan kerajaan seluruh tahun, itu merupakan beban berat kerajaan pada beberapa tahun yang lalu.

Pemerhati berpendapat bahawa asalnya kerajaan baru Indonesia antirasuah dan antikeganasan dengan tegas, mengambil tindakan untuk menarik pelaburan asing, melaksanakan dasar berkenaan, ekonomi Indonesia berkemungkinan mencapai pertumbuhan yang pesat.