Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-29 12:27:54    
Jumlah Import-Eksport Perdagangan Delta Sungai Yangtze Meningkat, Penggunaan Modal Asing Diperbaiki

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, pada tahun ini, jumlah import-eksport perdagangan di kawasan Delta Sungai Yangtze yang taraf internasionalisasi ekonominya lebih tinggi memelihara kecenderungan pertumbuhan kuat, dan penarikan modal asing diperbaiki.

Statistik menunjukkan, jumlah import-eksport perdagangan bandar Shanghai dan provinsi Jiangsu pada tiga suku pertama tahun ini telah melebihi taraf seluruh tahun yang lalu. Pada bulan Januari sehingga September, jumlah eksport perdagangan bandar Shanghai telah mencapai 53.187 bilion dolar Amerika, meningkat 49.9% berbanding tempoh yang sama. Eksport perusahaan modal asing dan eksport perdagangan pemprosesan masing-masing merupakan 66.9% dan 57.6% daripada nisbah eksport seluruh bandar. Import-eksport provinsi Jiangsu pada Januari sehingga September berjumlah 121.4 bilion dolar Amerika, meningkat 54.9% berbanding tempoh yang sama, antaranya jumlah eksport mencapai 60.78 bilion dolar Amerika, meningkat 51%; jumlah import mencapai 60.62 bilion dolar Amerika, meningkat 59%, dan pelbagai jatah jumlah import-eksport telah melebihi taraf seluruh tahun yang lalu.

Kawasan Delta Sungai Yangtze merupakan tempat pusat pelaburan asing di China pada tahun-tahun kebelakangan ini. Pada tahun ini, sebab dilaksanakan dengan ketat sistem pengesahan terhadap tanah pembangunan, sumber tenaga tanah, elektrik dan modal lebih tegang, ini telah mengetat pembangunan projek industri dan perluasan pembaharuan teknoligi, dan menimbulkan kesulitan terhadap penarikan modal.

Tetapi mutu modal yang dilaburkan di kawasan Delta Sungai Yangtze ditingkatkan secara ketara, penarikan modal asing terus diperbaiki. Projek besar yang dilaburkan oleh syarikat asing meningkat, dan industri teknologi tinggi diutamakan dalam projek tersebut. Sementara itu, perusahaan modal asing dengan aktif menambahkan modal dan saham, penggunaan modal asing dalam industri perkhidmatan meningkat. Pada tiga suku pertama tahun ini, bandar Shanghai telah mengesahkan 315 projek besar pelaburan modal asing yang melebihi 10 juta dolar Amerika, nilai kontak mencapai 6.994 bilion dolar Amerika. Manakala pada tiga suku pertama tahun ini, 83.7% modal telah diedar ke industri pengeluaran dalam provinsi Jiangsu. Langkah penggunaan modal asing dalam industri perkhidmatan telah dipercepat, modal yang telah dimasukkan dalam akaun berjumlah 1.06 bilion dolar Amerika, menempati 12.2% dari jumalah seluruh provinsi.