Menurut Agensi Berita Xinhua, Ekspo Barang Eksport China (Ekspo Guangzhou) ke-96 telah ditutup hari ini. Jumlah urus niaga ekspo kali ini mencatat lebih 27 bilion dolar Amerika, meningkat 10% berbanding ekspo pada tahun lalu.
Seramai lebih 160 ribu orang pedagang dari lebih 200 buah negara dan kawasan telah menyertai ekspo kali ini, kebanyakan mereka adalah pedagang Eropah dan A.S.
|