Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-01 12:49:51    
Perkembangan Stesen Kereta Api Zhengzhou China

Agensi Berita Xinhua China

Stesen Kereta Api Kaunti Zhengxian yang menghubungi Lu Gouqiao-Hankou selesai dibina di tepi Huayuankou, Provinsi Henan pada 100 tahun yang lalu. Pada ketika itu, stesen kereta api itu cuma terdapat dua rumah teres dan empat landasan jalan kereta api. Seiring dengan perkembangan stesen kereta api, Kaunti Zhengxian juga berkembang menjadi bandar yang moden—Bandar Zhengzhou. Pada tahun 2004, Stesen Kereta Api Bandar Zhengzhou berkembang pesat, perhidmatan kereta api penumpang mencatat 229 kali dengan penumpang seramai hampir 150 ribu orang setiap hari.

Pada 29 Oktober lalu, upacara perayaan ulang tahun ke-100 pembinaan Stesen Kereta Api Bandar Zhengzhou telah diadakan. Setiausaha Jawatankuasa Stesen Kereta Api Bandar Zhengzhou Parti Komunis China Deng Jie memberitahu wartawan di bilik pameran sejarah stesen itu berkata, "Perkembangan Stesen Kereta Api Bandar Zhengzhou merupakan sebahagian perkembangan Kereta Api China."

Stesen Kereta Api Bandar Zhengzhou terletak di tempat persimpangan jalan kereta api yang menghubungi Bandar Beijing dengan Bandar Guangzhou dan jalan kereta api yang menghubungi Bandar Lanzhou dengan Bandar Lianyungang. Stesen itu merupakan stesen jalan kereta api penumpang peringkat negara dan pusat transit paling pesar.

Pada ketika Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, antara jalan kereta api sepanjang lebih 21 ribu kilometer di China, hanya 11 ribu jalan kereta api sanggup terbuka kepada lalu lintas. Pada masa itu, telefon baru digunakan di Stesen Kereta Api Bandar Zhengzhou, jalan kereta api baru berjumlah 7 buah. Pada tahun 1952, jumlah penumpang di stesen itu hanya mencatat 3.76 juta setahun. Pada tahun 1960-an hingga tahun 1970-an, stesen itu hanya terdapat empat pondok besar bagi penumpang menunggu kereta api, jika jumlah penumpang ramai, barisan penumpang harus berbaris di jalan di luar.

Projek pengubahsuaian Stesen Kereta Api Bandar Zhengzhou peringkat pertama mula dibina pada hujung tahun 1980-an, dan diselesaikan pada 12 tahun kemudian. Ruang jualan tiket seluas lebih 3000 meter persegi merupakan 10 kali ganda keluasannya sebelum pengubahsuaian,dewan menunggu kereta api seluas 24 ribu meter persegi merupakan tiga kali ganda keluasannya sebelum pengubahsuaian, seramai 20 ribu penumpang boleh menunggu di tempat itu pada masa yang sama. Para penumpang tidak payah menunggu kereta api di luar.

Menurut maklumat Deng Jie, pada tahun 1988, jumlah perkhidmatan kereta api tidak mencatat 100 sehari di stesen itu. Setelah 15 tahun belalu, jumlah perkhidmatan kereta api meningkat lebih dua kali ganda dan perkhidmatan kereta api purata setiap lima minit sekali.

----Ching