Syarikat Saham Bank Pembinaan China Berhad dibentuk di Beijing baru-baru ini. Ini merupakan bank komersial milik negara China kedua mengubah sistemnya sebagai bank komersial sistem saham kawalan kerajaan. Doktor Yi Xianrong dari Pusat Penyelidikan Kewangan Akademi Sains Sosial China berkata, ini menunjukkan usaha mengubah sistem bank komersial milik negara China dilaksanakan dengan lancar. Ini bukan sahaja bermanfaat bagi pekembangan pasaran kewangan China, tetapi juga menyediakan iklim dan syarat yang lebih sempurna bagi pertumbuhan ekonomi China pada masa depan.
Usaha mengubah sistem Bank China dan Bank Pembinaan China merupakan percubaan pembaharuan yang dilaksanakan terhadap bank komersial milik negara China. Terdapat empat bank komersial milik negara di China pada masa ini.
Dalam tempoh yang panjang pada masa dahulu, mekanisme pengelolaan bank komersial milik negara China mengutamakan cara pentadbiran. Doktor Yi Xianrong menyatakan, sistem itu menyebabkan bank komersial milik negara China kurang keupayaan bersaing di pasaran dan menghadapi risiko. Beliau berkata,
"Memandangkan keadaan yang sedia ada, baik dari segi kadar pinjaman wang lapuk, ataupun dari segi keupayaan pengelolaan bank, jurang perbezaan antara bank komersial milik negara China dengan bank komersial antarabangsa amat jauh berbeza. Bank komersial milik negara China harus mengubah sistemnya dan membentuk bank sistem saham."
Berdasarkan maklumat, pembaharuan mulai dilaksanakan di Bank China dan Bank Pembinaan China pada awal tahun ini. Doktor Yi Xianrong berpendapat, masalah yang dihadapi dalam proses bank komersial milik negara China mengubah sistemnya ialah menghapuskan aset lapuk yang berjumlah besar. Untuk membantu bank komersial milik negara mengubah sistemnya dengan lancar, kerajaan China telah memperuntukkan dana pertukaran wang asing sebanyak 45 bilion dolar Amerika kepada Bank China dan Bank Pembinaan China pada tahun lalu untuk menghapuskan aset lapuk ketinggalan sejarah.
Dalam proses mengubah system itu, kedua-dua bank tersebut berdasarkan prinsip pemasaran, mempelawa pegawai pengurusan kanan dan syarikat khidmat nasihat antarabangsa yang terkenal, menetapkan strategi perkembangan baru. Setelah sistemnya diubah, Syarikat Saham Bank China Berhad dan Syarikat Saham Bank Pembinaan China Berhad akan menyusun semula prosedur perusahaan berdasarkan pengalaman bank komersial antarabangsa, menubuhkan sistem pengelolaan dan pengawalan yang memenuhi tuntutan bank komersial zaman ini.
Doktor Yi Xianrong berpendapat, tindakan-tindakan tersebut amat berkesan. Beliau berkata,
"Kerajaan China memperuntukkan dana pertukaran wang asing untuk menghapuskan aset lapuk, menyempurnakan sistem pengurusan, mengurangkan jumlah pekerja di cawangan bank tersebut mengubahsuai sistem saham, membuat persiapan menyenaraikan sahamnya di pasaran kewangan antarabangsa pada masa yang sesuai. Pembaharuan yang dilaksanakan dalam bidang-bidang tersebut amat pesat dan berkesan."
Menurut Doktor Yi Xianrong, kerajaan China juga harus mengambil tindakan lanjut untuk mendorong perubahan sistem bank komersial milik negara, misalnya membentuk sistem Mesyuarat Pemegang Saham, Lembaga Pengarah dan Majlis Pengesanan yang standard dan lain-lain. Selain itu, pembaharuan terhadap badan kerajaan dan perusahaan milik negara yang berkaitan dengan pembaharuan bank komersial milik negara juga harus ditingkatkan.
----Ching
|