Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-01 16:10:51    
Pengenalan tentang Isu Psikologi Anak Tunggal di China

cri
Mulai awal tahun 1980-an, kerajaan China telah melaksanakan dasar perancangan keluarga kerana pertumbuhan jumlah penduduk terlalu cepat dan jumlahnya terlalu ramai. Dasar tersebut menetapkan sepasang suami-isteri hanya boleh memiliki seorang anak sahaja kecuali etnik minoriti atau dalam keadaan yang istimewa. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kualiti penduduk dan mengurangkan bebanan kerajaan membiayai pembangunan sosioekonomi akibat jumlah penduduk yang terlalu ramai.

Dalam tempoh lebih 20 tahun yang lalu, anak-anak yang dilahirkan sewaktu awal tahun 1980-an telah membesar dan beransur-ansur menjadi satu kumpulan anak tunggal yang istimewa di China. Pada umumnya mereka tidak bimbang akan kekurangan pakaian dan makanan, dan agak sihat. Terdapat sebahagian mereka bahkan disebut sebagai "Raja Kecil". Bagaimanapun jika berbanding dengan keadaan ibu-bapa mereka pada usia yang sama, para "Raja Kecil" mempunyai keupayaan psikologi yang agak lemah dan agak mudah terjejas oleh kesulitan.

Pada masa ini, China mempunyai seramai hampir 30 juta pemuda yang berumur di bawah 17 tahun. Berdasarkan kajian, seramai kira-kira 30% daripada jumlah tersebut dikesan menghadapi tekanan jiwa atau masalah psikologi yang berbeza-beza, terutamanya dalam aspek pelajaran dan pergaulan.

Xie Xiaoqian, murid tahun 4 sekolah rendah di Bandar Guangzhou, bahagian selatan China, sentiasa mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajarannya. Tetapi ibu-bapanya berharap beliau mencapai kejayaan yang lebih besar iaitu menyertai pertandingan matematik agar dapat memperoleh mata tambahan agar dapat diterima oleh sekolah menengah yang terbaik. Maka Xie Xiaoqian sering berasa bimbang akan hasrat ibu-bapanya tidak tercapai dan berasa tertekan.

Beliau berkata, "Walaupun saya memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran sekarang, tetapi saya takut gagal dan akan tercorot dalam kelas, jika demikian saya tidak dapat mungkin diterima oleh sekolah menengah yang terbaik."

Puan Yang Jingyu, penolong psikologi Sekolah Rendah Pusat Shiqi, Bandar Zhongshan, Provinsi Guangdong di bahagian selatan China berpendapat bahawa terdapat banyak faktor menyebabkan kanak-kanak menghadapi masalah psikologi misalnya, keluarganya tidak harmoni, anak itu terlalu dimanjakan oleh ibu-bapa, ibu-bapanya terlalu keras mendidik anak-akak atau mempunyai harapan yang terlampau tinggi terhadap anak itu dan lain-lain. Dalam proses membesar, anak tunggal biasanya kekurangan kawan-kawan sebayanya, maka ibu-bapanya harus menghabiskan lebih banyak masa menemani anaknya, baik dalam kehidupan seharian ataupun semasa bercuti. Beliau berkata, "Ibu-bapa jangan terlalu mementingkan pelajaran dan keputusan pemeriksaan, sebenarnya apa yang paling penting bagi kanak-kanak? Perkara tersebut ialah kesihatan psikologi. Ibu-bapa merupakan guru dan kawan yang pertama bagi anak mereka."

Puan Chen, penduduk Bandar Beijing mempunyai seorang anak yang berumur 11 tahun. Namanya Deng Xiaodong. Deng Xiaodong sentiasa menduduki tempat teratas dalam pelajaran di kelasnya. Pasa masa lapang, beliau mempelajari piano dan sudah lulus ujian tahap ke-6 pada September tahun ini. Selain itu, Deng Xiaodong juga dipilih sebagai ketua kelas latihan pertandingan matematik Olimpik dan mengikuti latihan khas setiap minggu. Puan Chen berasa puas tentang kejayaan anaknya, dan berkata, "Saya berpendapat dalam aspek pelajaran, beliau mencapai kejayaan yang cukup baik, maka beliau tidak menghadapi tekanan, keputusan pelajarannya baik atau buruk, saya tidak memukulnya atau memakinya. Dalam suasana yang bebas, beliau berjaya mebuktikan pelbagai kebijaksanaannya."

----AZMI