Saintis-saintis Zhu Kezhen, Qian Sanqiang, Li Siguang, Qian Xuesen dan lain-lain merupakan saintis yang memainkan peranan penting untuk mengembangkan sains dan teknologi China pada abad ke-20. Pada masa ini, dalam usaha pelaksanaan projek percubaan inovasi pengetahuan, tenaga profesional sains dan teknologi utama generasi baru sedang dilatih di Akademi Sains China.
Akademi Sains China mengambil tenaga profesional yang berkualiti tinggi secara terbuka di dalam dan luar negara, menarik tenaga profesional menyediakan perkhidmatan kepada negara, meningkatkan latihan untuk mendidik sekumpulan tenaga profesional yang mampu memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang sains di dunia.
Setelah mengambil tenaga profesional, sejumlah saintis dan tenaga profesional pengurusan sains dan teknologi yang berkualiti tinggi berkumpul di Akademi Sains China. Pada hujung tahun 2003, seramai 702 orang diambil setelah melaksanakan "Rancangan Pengambilan Tenaga Profesional yang Unggul dari Luar negara", seramai 101 orang tenaga profesional sains dan teknologi dalam negara telah diambil stelah melaksanakan "Rancangan Pengambilan Seratus Tenaga Profesional". Kebanyakan mereka diundang menjadi ahli penyelidik pangkalan inovasi, meningkatkan jumlah tenaga profesional sains dan teknologi utama di Akademi Sains China. Ini menyelesaikan masalah kekurangan tenaga profesional dan sejumlah hasil sains dan teknologi penting telah dicapai. 13 orang antara mereka menjadi saintis utama projek "973", 44 orang antara mereka menjadi petugas projek "863".
Strategi menggunakan tenaga profesional sains dan teknologi yang berkualiti tinggi terus dilaksanakan di Akademi Sains China, menggunakan dan menyokong tenaga profesional muda bertanggungjawab atas misi inovasi sains dan teknologi penting. Dalam Siri Seminar Sains Penting China-A.S. yang bertujuan untuk mendidik pegawai unggul dalam bidang sains dan teknologi pada abad ke-21 yang dianjurkan bersama oleh Akademi Sains China dengan Akademi Sains A.S., terdapat 234 saintis muda China menyertai seminar itu, mengadakan pertukaran dan dialog tentang isu penting sains dan teknologi antarabangsa dengan saintis asing.
----Ching
|