Menurut berita CRI, Jurucakap Kementerian Luar China, Zhang Qiyue hari ini di Beijing menyatakan, China berharap Ekspo China-ASEAN dapat menyediakan peluang kerjasama kepada pelbagai pihak untuk mencapai keuntungan bersama.
Beliau berkata, Ekspo China-ASEAN pertama yang sedang diadakan di Nanning China itu amat bermakna. Kerajaan, perusahaan serta persatuan kalangan rakyat pelbagai negara yang menyertai ekspo kali ini berpeluang untuk meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan antara satu sama lain.
|