Tidak lama dahulu, kerajaan Provinsi Yunnan China telah mengumpul pakar-pakar mengadakan kajian untuk meningkatkan kerjasama pertanian antara Yunnan dan negara-negara ASEAN. Para pakar berpendapat, Yunnan dan Myanmar, Laos dan Vietnam mempunyai garis sempadan sepanjang lebih 4000 kilometer, Yunnan boleh selanjutnya meningkatkan kerjasama dengan ASEAN dalam bidang pertanian dengan syarat geografinya yang sangat baik.
Bermula dari tahun 1980-an, badan pertanian Yunnan mula mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi pertanian dua hala, banyak hala dan kalangan rakyat dan di negara jiran dengan kelebihan Yunnan termasuk lokasi, sumber alam serta teknologi dan ekonomi, kerjasama tersebut telah mencapai kesan yang positif. Kunjungan dan tinjauan antara kerajaan dan kalangan rakyat kedua-dua pihak tersebut menggalakkan, jumlah pelaburan antara satu sama lain terus ditingkatkan, skopnya semakin besar.
Sekarang, terdapat 15 buah perusahaan dari Thailand, Singapura dan Indonesia melabur dan menubuhkan kilangnya di Kunming dan Simao Provinsi Yunnan, jumlah pelaburan mencapai lebih 300 juta dolar Amerika. Syarikat Kerjasama Ekonomi dan Teknologi Antarabangsa Yunnan, Syarikat Import-Eksport Hasil Bumi Yunnan, Kumpulan Penerokaan Pertanian Yunnan serta perusahaan Yunnan yang lain juga melabur di Myanmar, Vietnam, Laos, Thailand, Kemboja, Filipina dan negara anggota ASEAN yang lain, melibatkan bidang penanaman padi, sayur-sayuran, penternakan lembu, penanaman dan pemprosesan getah serta pemprosesan makanan laut.
Yunnan boleh menyambungkan China dan Asia Tenggara, iaitu dua pasaran yang mempunyai potensi tinggi. Jumlah penduduk Asia Tenggara mencapai 500 juta orang, jumlah penduduk China mencapai 1.3 bilion orang. Pasaran penggunaan untuk 1.8 bilion orang penduduk mengakibatkan bidang pertanian di kedua-dua pihak tersebut saling bergantung.
Yunnan memerlukan bahan makanan, getah, kelapa sawit, minyak kelapa, makana laut, buah-buahan kawasan tropika dan kayu, dan juga memerlukan dana dari negara yang ekonominya lebih maju seperti Singapura, Malaysia dan Brunei Darussalam.
ASEAN memerlukan sayur-sayuran tanpa baja kimia, buah-buahan beriklim sederhana dan ternakan yang mengutamakan daging lembu, mesin pertanian, bahan ternakan, baja kimia, benih padi, pokok buah-buahan dan hasil pertanian yang lain.
Pakar berpendapat, meningkatkan kerjasama antara Yunnan dan ASEAN dalam bidang pertanian sangat penting dan mendesak. Meningkatkan kerjasama pertanian merupakan pilihan pertama dalam kerjasama Yunnan-ASEAN.
Dalam 5 bidang kerjasama terpenting antara China-ASEAN, iaitu pertanian, telekomunikasi maklumat, penerokaan tenaga manusia, pelaburan antara satu sama lain dan penerokaan sub kawasan Sungai Mekong. Kerjasama pertanian adalah paling penting. Provinsi Yunnan yang lokasinya boleh menyambungkan Asia timur, Asia Tenggara dan Asia selatan sangat memerlukan kerjasama pertanian dengan negara ASEAN.
Yunnan merupakan provinsi pertanian yang penting. Terdapat 74% penduduknya tinggal di desa, 70% bahan mentah industrinya dari pertanian. Meningkatkan kerjasama pertanian dengan negara-negara ASEAN memainkan peranan yang penting untuk mengembangkan ekonomi, mendorong industrialisasi, meningkatkan mutu hasil pertanian dan mendorong industrialisasi di desa Provinsi Yunnan.
Para pakar mempunyai sikap optimis tentang masa depan kerjasama pertanian Yunnan-ASEAN.
Perjanjian kerjasama persahabatan antara China dan negara-negara ASEAN telah menyediakan suasana yang baik untuk kerjasama pertanian kedua-dua pihak tersebut. Pada November 2001, China dan ASEAN telah memeterai "Momorandum Persefahaman Kerjasama Pertanian" tentang kerjasama pertanian jangka masa pendek dan panjang. Kedua-dua pihak akan beransur-ansur membatalkan tarif tentang 600 jenis barangan, terutamanya terhadap hasil pertanian. Pada 18 Jun 2003, China dan Thailand telah memeterai perjanjian bebas cukai tentang lebih 200 jenis hasil pertanian. Perjanjian tersebut bukan sahaja menunjukkan hasrat kedua-dua pihak untuk mengadakan kerjasama pertanian, tetapi juga menetapkan tindakan untuk mengadakan kerjasama. Tindakan tersebut akan menyediakan kemudahan kerjasama pertanian antara kedua-dua pihak tersebut dalam lingkungan dan ruangan yang lebih besar.
Dasar buka pintu yang diamalkan oleh China dan ASEAN telah menyediakan syarat yang baik kepada kedua-dua pihak tersebut untuk mengadakan kerjasama pertanian. Keanggotaan China dalam WTO melambangkan bahawa dasar buka pintu China memasuki era baru.
Untuk menarik lebih banyak pelaburan asing, Majlis Zon Pelaburan ASEAN sudah bersetuju secara menyeluruh membuka industri pembuatan, pertanian, perhutanan, perikanan dan gali-galian kepada pelabur bukan negara anggota ASEAN. Singapura, Brunei Darussalam dan negara yang lain telah mengamalkan bebas cukai terhadap kebanyakan hasil pertanian import.
Kerjasama sub kawasan Sungai Lancang-Mekong telah meletakkan dasar yang baik terhadap kerjasama pertanian. Sebagai provinsi yang penting dalam kerjasama sub kawasan Sungai Mekong, Yunnan mempunyai hubungan perdagangan yang sudah lama dengan negara-negara lain dalam kawasan tersebut. Berkhidmat untuk sub kawasan Sungai Mekong, ASEAN dan Seluruh China boleh menyediakan peluang yang baik kepada Yunnan untuk mengembangkan sektor pertaniannya.
Andika
|