Wartawan CRI melaporkan bahawa Naib Menteri Perdagangan China, Zhang Zhigang menyatakan di Beijing hari ini, berdasarkan janji China semasa menganggotai WTO, perusahaan pengedaran komoditi China akan terus membuka pintu kepada perusahaan luar.
Demikian dinyatakan oleh Zhang Zhigang ketika beliau menghadiri Forum Kemuncak Pembangunan dan Kerjasama Antarabangsa Pengedaran Komoditi China yang diadakan di Beijing hari ini. Beliau menyatakan, pada tahun-tahun kebelakangan ini, perusahaan pengedaran komoditi asing meningkatkan pelaburan di pasaran China, mereka telah memperkenalkan sistem pengawalan yang sistematik dan telah mendorong perusahaan pengedaran komoditi China mencapai taraf profesional.
|