Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-05 13:29:07    
Pengenalan tentang Bandar Erenhot China Sedang Berkembang Maju

cri
Bandar Erenhot terletak di utara Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China. Pada lebih 40 tahun yang lalu, bandar itu merupakan gurun gobi dan tidak ada orang menetap di sana. Tetapi sejak 10 tahun yang lalu, tempat itu menjadi sebuah pekan kecil yang berpenduduk kurang dari sepuluh ribu orang. Apabila landasan kereta api dibina di sana, Erenhot semakin berkembang menjadi pekan di kawasan sempadan.

Pada tahun 1992, Bandar Erenhot mulai membuka pintu kepada luar negara. Ramai peniaga dari Mongolia dan Rusia serta pelbagai negara Eropah timur berniaga di pasar perdagangan bebas tempatan.

Perdagangan di kawasan sempadan yang semakin rancak telah memangkin pembangunan bandar. Pada masa lalu, bandar Erenhot yang kecil, kini, kawasan bandar itu diperluaskan sebanyak tiga kaliganda berbanding masa yang lalu, jalan raya dibesarkan.

Datuk Bandar Erenhot Encik Chen Heping berkata: "Sebagai salah satu jendela China membuka pintu kepada luar, kerajaan Erenhot telah mengemukaka "program tentang perkembangan perdagangan memangkin pembangunan bandar", dengan mengutamakan pembangunan infranstruktur dan ekologi alam sekitar Bandar Erenhot. Semenjak tahun 1994 hingga tahun 2003, KDNK Bandar Erenhot telah bertambah kepada 8 ratus juta Yuan Renminbi daripada lebih 150 juta yuan Renminbi iaitu telah bertambah 5.3 kaliganda".

Encik Chen Heping berkata, perdagangan di kawasan sempadan adalah kelebihan perkembangan Bandar Erenhot, dan juga merupakan pemangkin utama yang mendorong pertumbuhan ekonomi bandar tersebut. Di Pasar perdagangan barangan China dan luar negara yang terbesar di Erenhot, wartawan telah melihat, perniagaan di sana amat baik. Peniaga terutamanya menjual barang-barang istimewa dari Mongolia dan Rusia serta barangan industri ringan dari kawasan pedalaman. Pada setiap hari, pasar itu akan menerima kira-kira 10 ribu orang pedagang China dan luar negara serta pelancong. Permadani dari Mongolia, kamera dari Rusia, alat elektrik kegunaan rumah dan sayur-sayuran adalah laris dijual di pasar tersebut. Menurut statistik, pada tahun yang lalu, kargo impot dan ekspot Bandar Erenhot mencatat 5 juta tan dan jumlah import dan ekspot perdagangan di kawasan sempadan bernilai 950 juta dolar Amerika.

Pertumbuhan ekonomi yang cepat telah meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Yang membanggakan Rakyat Erenhot adalah terdapat banyak bangunan tinggi yang memenuhi kedua-dua tepi jalan raya bandar yang lebar dan pelbagai jenis barangan yang mencukupi di pasaran. Bangunan rumah bercorak tradisional dan bangunan seni binaan Eropah boleh dilihat di merata tempat. Kemudahan yang lengkap disediakan di jabatan kerajaan, sekolah, hospital, hotel, kedai dan pawagam.

Encik Yang Jinrui menetap di Bandar Erenhot. Beliau merasakan Bandar Erenhot banyak berubah. Katanya: "Sejak lebih 10 tahun yang lalu, kami kekurangan sayur-sayuran. Sayur-sayuran tempatan diangkut dari tempat yang lain dan harganya mahal. Tetapi sekarang, terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran yang harganya murah, bahkan ikan, udang dan ketam juga boleh dibeli di pasar Erenhot".

Perkembangan hubungan persahabatan antara China- Mongolia dan China-Rusia telah memberi peluang yang baru kepada Bandar Erenhot yang sedang berkembang maju. Berdasarkan tinjauan, Mongolia dan kawasan Rusia kekurangan bekalan 30% hingga 70%. Daging, buah-buahah, sayuran dan lainnya, serta barang industri kegunaan seharian sangat berkurangan. Kain, barang-barang tekstil dan pelbagai alat elektrik kegunaan rumah mesti diimpot dari luar negara. Oleh itu, Kerajaan Bandar Erenhot sedang mengambil tindakan yang aktif, menggalakkan dan menyokong perusahaan tempatan untuk mengadakan kerjasama ekonomi dengan Mongolia dan Rusia.

Rancangan dan matlamat perkembangan Erenhot telah dikenal pasti oleh ramai pakar. Ketua Pengarah Biro Kawalan Makro Ekonomi Pejabat Pengkajian Dasar Pusat China Encik Wang Chaoping berpendapat, Bandar Erenhot boleh memangkin perkembangan ekonomi dengan perniagaan di kawasan sempadan. Tetapi, selepas China menganggotai WTO, cara perniagaan semacam ini tidak dapat memenuhi keperluan. Beliau berkata: "Pada masa akan datang, badan kerajaan juga akan menggalakkan pertukaran di kalangan rakyat, tetapi juga mesti berusaha supaya perniagaan di kawasan sempadan menjadi perniagaan antarabangsa, ini sangat berfaedah bagi perkembangan ekonomi Bandar Erenhot.

---- Wang Ling