Menurut Harian Renminribao, jurucakap Kementerian Perdagangan China, Chong Quan semalam menyatakan kerajaan China menentang tegas kerajaan A.S. menguruskan permohonan menjalankan sekatan terhadap barangan tekstil China dengan alasan "ancaman mengganggu pasaran."
Pihak A.S. kelmarin mulai menguruskan permohonan menjalankan sekatan terhadap barangan tekstil China yang dieksport ke A.S.
Kong Quan menyatakan, tindakan kerajaan A.S. ini telah membelakangi fasal undang-undang perdagangan WTO. Tindakan itu telah menjejaskan kepercayaan perusahaan China terhadap persaingan perdagangan antarabangsa selepas menganggotai WTO.
|