Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-05 11:02:04    
Lebih Ramai Orang Asing Belajar Perubatan Tradisional China

CNR

Perubatan Tradisional China seperti akupunktur, moxibustion, urut, herba, penjagaan kesihatan dan lain-lain semakin menarik orang asing. Berdasarkan maklumat dari "Seminar Pendidikan Perubatan Tradisional China Antarabangsa", selain beberapa ribu pelajar di luar negara datang ke China untuk mengikuti kajian di jurusan perubatan tradisional China setiap tahun, kursus pengajaran perubatan tradisional China juga dibuka di pelbagai negara dan kawasan di dunia dan mendapat sambutan.

Berdasarkan maklumat, gejala lebih ramai orang asing belajar perubatan tradisional China telah menarik perhatian kalangan perubatan utama negara-negara barat. Dalam seminar kali ini, pakar dari 20 negara dan kawasan seperti China, A.S. dan Britain telah membincangkan cara perubatan tersebut.

Presiden Universiti Perubatan Tradisional China Beijing Encik Zheng Shouzeng menyatakan, pada tahun-tahun kebelakangan ini, kalangan perubatan utama negara-negara barat mulai menumpukan perhatian terhadap perubatan tradisional China, kandungan pengajaran telah dikemukakan di banyak universiti negara-negara barat, pendidikan perubatan tradisional China yang "bersifat kalangan rakyat, skop kecil dan bertaraf rendah" yang disediakan di kawasan penghuni orang Cina pada masa dahulu sedang berkembang menjadi "cara perubatan utama, berstandard dan berkualiti tinggi."

Berdasarkan kajian yang diumumkan dalam sidang antarabangsa kali ini, gejala lebih ramai orang belajar perubatan tradisional China di kawasan Eropah dan Amerika Latin menarik perhatian baru-baru ini. Berdasarkan statistik pusat pengajian tinggi perubatan tradisional China berjumlah lebih 80 di A.S.. selain itu, kursus "perubatan penggantian" telah dibuka dalam 60% institut perubatan A.S., kandungan pengajaran juga meliputi perubatan tradisional China.

Berdasarkan kajian itu, pelbagai aktiviti perubatan tradisional China juga dilaksanakan di negara-negara Eropah seperti Britain, Jerman, Itali dan Belanda. Menurut jangkaan, lebih 70 sekolah telah dibuka di kawasan Eropah untuk memberi kursus bahan herba China dan melatih beberapa ribu orang tenaga profesional.