Wartawan CRI melaporkan bahawa Ekspo Barangan Kraf Tangan China ke-6 dirasmikan di Shanghai hari ini.
Kota Larangan yang diukir dengan tulang lembu.
Ekspo tersebut merupakan ekspo kesenian paling berprestij di China. Barang-barang yang dipamerkan dalam ekspot itu antaranya ukiran batu, sulaman, perabot antik China dan lain-lain sebanyak lebih 12 ribu buah. Barang kraf tangan itu dihasilkan oleh pembuat dan pengukir yang terbaik di kalangan pembuat kraf tangan di China sekarang, barangan tersebut mencerminkan perkembangan kebudayaan tradisional China.
Ukiran ini diselesaikan oleh lebih 20 pengukir dengan masa hampir 10 tahun.
|